Utusan Borneo (Sarawak)

Tekanan ekonomi: 28 ditahan kerana mencuri dan keganasan

-

PUERTO ORDAZ: Pihak berkuasa Venezuela menyatakan kelmarin mereka telah menahan 28 orang di selatan wilayah Bolivar kerana merampas dan menimbulka­n keadaan huru- hara ketika Krismas dalam keganasan terbaharu ketika krisis ekonomi yang teruk.

Terdapat bantahan dan sekatan jalan raya yang berleluasa di sekitar negara OPEC Amerika Selatan itu sejak beberapa hari lalu mengenai kekurangan makanan, pemutusan bekalan kuasa, harga yang tinggi dan pencatuan minyak.

Ketua dewan perniagaan tempatan Florenzo Schettino memberitah­u Reuters 10 buah perniagaan – kebanyakan kedai minuman keras – telah dirompak ketika malam menjelang Hari Kris- mas di Bolivar, yang telah melihat keganasan pada pelbagai peringkat sepanjang kemerosota­n teruk ekonomi selama empat tahun.

Di negara barat Andean, pihak polis dan anggota tentera telah mengawal stesen gas, di mana terdapat garisan besar dan pelanggan hanya dibenarkan untuk mengisi minyak bagi setiap kenderaan sebanyak 37 liter.

“Kami telah membuang begitu banyak masa…. Kerajaan sedang menguji kesabaran rakyat,” menurut pemandu bas Pedro Pina, menunggu selama beberapa jam untuk membeli minyak di wilayah Barinas.

Pengkritik mempersala­hkan Presiden Nicolas Maduro dan pihak pemerintah Parti Sosialis bagi kekecohan ekonomi, menyatakan mereka telah membantah dengan polisi negara yang gagal selama ini, ketika bersikap tutup mata terhadap kegiatan rasuah dan ketidakmam­puan yang ketara.

Kerajaan menyatakan ia adalah mangsa kepada satu ‘perang ekonomi’ oleh musuh politik dan kuasa asing sayap kanan, bertujuan untuk menjatuhka­n Maduro dalam satu rampasan kuasa.

“Ini hanya boleh ditarik balik dengan perubahan ekonomi yang mendalam,” menurut pegawai perundanga­n pembangkan­g dan ahli ekonomi Angel Alvarado.

Di wilayah barat Zulia, beberapa ratus ribu orang telah mengalami kegelapan pada petang sebelum Krismas, menimbulka­n kemarahan di kalangan mereka yang men- gumpulkan wang bersama dan mencari barang-barang sepanjang hari bagi persediaan untuk satu makan malam keluarga tradisi.

“Saya telah menghabisk­an sepanjang hari dalam keadaan marah – dan kemudian lampu terpadam. Krismas yang sangat malang,” menurut Lilibeth Rodriguez, 40, yang mana pertemuan keluargany­a telah musnah. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia