Utusan Borneo (Sarawak)

Kadar kemiskinan Malaysia paling rendah di Asia Tenggara

Nilai kemiskinan negara hanya 3.8%: CIA World Factbook 2017

-

KUALA LUMPUR: CIA World Factbook 2017 melaporkan kadar kemiskinan di Malaysia adalah yang paling rendah berbanding negara-negara Asia Tenggara yang lain, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata nilai kemiskinan negara berada hanya pada 3.8 peratus berbanding Vietnam dan Indonesia (11.3 peratus), Thailand (12.6 peratus) , Laos (22 peratus), Filipina (25.2 peratus) dan Myanmar (32.7 peratus).

“Jika dibandingk­an dengan negara yang mempunyai nilai kemiskinan paling tinggi, Syria (82.5 peratus), Madagascar (75.3 peratus), Zimbabwe (72.3 peratus), maka saya rasa bersyukur dengan kejayaan negara kita menjaga kesejahter­aan hidup rakyat,” katanya dalam entri terbaru beliau di blognya sskeruak. blogspot.my., semalam.

Salleh berkata menurut laporan itu juga, Keluaran Dalam Negara Kasar per kapita Malaysia adalah sebanyak ($27,200), jauh lebih baik dari negara serantau yang lain seperti Thailand ($16,800), Indonesia ($11,700), Filipina ($7,700), Vietnam ($6,400), Myanmar ($6,000), dan Laos ($5,700).

Beliau menegaskan pencapaian Malaysia itu berbeza daripada persepsi sesetengah pihak yang menganggap negara tertinggal di belakang kerana data yang ada menunjukka­n Malaysia telah mencapai tahap pertumbuha­n ekonomi yang cukup baik berbanding negara- negara jiran.

“Samuel P. Huntington dalam bukunya ‘ Political Order in Changing Societies’ menyatakan satu cara untuk menilai pembanguna­n politik sesebuah negara ialah dengan melihat kepada pertumbuha­n ekonominya.

“Indeks pengukuran yang beliau gunakan ialah pendapatan per kapita dan kadar kemiskinan,” katanya.

Menurut Salleh, dengan usaha kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara berpendapa­tan tinggi, beliau yakin tahun 2018 bakal menjanjika­n kehidupan yang lebih baik kepada rakyat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DITANGANI KEMISKINAN: Dua kanak-kanak bermain di hadapan sebuah rumah berlatarbe­lakangkan Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur di Kampung Baru, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama DITANGANI KEMISKINAN: Dua kanak-kanak bermain di hadapan sebuah rumah berlatarbe­lakangkan Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur di Kampung Baru, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia