Utusan Borneo (Sarawak)

Labuan IBFC Inc lantik Farah Jaafar Crossby sebagai CEO

-

KUALA LUMPUR: Labuan Internatio­nal Business and Financial Centre Incorporat­ed Sdn Bhd (Labuan IBFC Inc) melantik Farah Jaafar Crossby sebagai Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 1 Jan, 2018.

Agensi itu dalam satu kenyataan semalam berkata, Farah, yang ketika ini mengetuai unit Risikan Pemasaran dan Komunikasi Strategik merupakan graduan undangunda­ng daripada University of Sheffield.

Sebelum ini beliau merupakan Pengurus Besar Persatuan Syarikat Broker Saham Malaysia dan pernah berkerja dengan Bursa Malaysia dan juga Institut Kewangan Asia.

Pengerusin­ya, Datuk Azlan Mohd Hashim berkata Farah memiliki pengalaman luas dalam perkhidmat­an kewangan dari perspektif dalam dan luar pesisir, dan merupakan calon terbaik untuk menyandang jawatan kepimpinan itu bagi mempromosi­kan Labuan IBFC.

Sementara itu, Farah berkata peluang yang tersedia bagi Labuan IBFC adalah sangat besar dan beliau amat berbesar hati dan gembira memikul tanggungja­wab ini terutamany­a bidang kuasa itu bakal menjalani tempoh transforma­si.

“Saya berharap dapat bekerjasam­a dengan semua pemegang kepentinga­n dalam menyampaik­an dengan lebih baik lagi nilai- nilai unik Labuan IBFC bagi meningkatk­an profil global dan domestikny­a,” katanya.

Labuan IBFC Inc merupakan agensi promosi dan pemasaran rasmi bagi Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabang­sa Labuan (Labuan IBFC) dan unit milik penuh di bawah Lembaga Perkhidmat­an Kewangan Labuan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia