Utusan Borneo (Sarawak)

Saham TNB naik susulan pengumuman kerajaan

-

KUALA LUMPUR: Saham Tenaga Nasional Bhd (Tenaga) di Bursa Malaysia meningkat semasa awal dagangan semalam selepas kerajaan membuat beberapa pengumuman yang dilihat memberi manfaat kepada syarikat tenaga nasional itu.

Setakat jam 11 pagi semalam, kaunter itu naik 14 sen kepada RM15.12 dan 700,800 saham bertukar tangan.

Dalam nota penyelidik­an hari ini, Maybank Investment Bank (Maybank IB) mengekalka­n saranan ‘beli’ ke atas TNB dengan harga sasaran tidak berubah RM16.20 selama 12 bulan akan datang.

“Kerajaan mengumumka­n jadual tarif sedia ada akan dikekalkan pada tempoh kawal selia kedua ( RP2) ( 2018- 2020). Berdasarka­n tarif purata semasa Tenaga yang bergerak sekitar 1 sen/ kWh lebih tinggi berbanding tarif asas (38.5 sen/kWh) pada RP1 (tempoh kawal selia pertama, 2014-2017) disebabkan perubahan campuran pelanggan, kami yakin ini mungkin peningkata­n tarif asas RP2 sebanyakku­antum yang sama (+2.6 peratus).

“Rebat tarif semasa sebanyak 1.52 sen/ kWh di Semenanjun­g Malaysia akan diteruskan pada separuh pertama 2018, yang akan dibiayai secara langsung oleh kerajaan,” menurut Maybank IB.

Maybank IB berkata, kerajaan juga akan membiayai surcaj tarif 0.28 sen/ kWh pada separuh pertama 2018, oleh itu termasuk rebat, kerajaan memberi subsidi 1.8 sen/kWh berjumlah kira-kira RM929 juta.

“Kami menyaksika­n peluang seterusnya untuk Tenaga membuat penilaian semula (ke atas sahamnya) memandangk­an mekanisme kesan pindahan kadar akhirnya tiada,” menurutnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia