Utusan Borneo (Sarawak)

RAM beri penarafan AA3 /stabil Sukuk Wakalah Edra Energy

-

KUALA LUMPUR: RAM Ratings Services Bhd memberi penarafan AA3/Stabil kepada cadangan Sukuk Wakalah Edra Energy Sdn Bhd (EESB) sehingga RM5.28 bilion dalam nilai nominal (2017/2037).

EESB merupakan penjana tenaga bebas (IPP) yang menandatan­gani perjanjian pembelian tenaga selama 21 tahun dengan Tenaga Nasional Bhd.

Syarikat ditubuhkan untuk mereka bentuk, membina, memiliki, mengendali dan menyelengg­ara loji janakuasa gas terbesar di Malaysia, dengan kapasiti 2,242 MW kitaran bergabung, loji janakuasa turbin gas di Alor Gajah, Melaka.

Hasil daripada cadangan sukuk itu yang berjumlah RM5.09 bilion, akan digunakan terutamany­a untuk membiayai pembinaan loji tersebut.

Dalam satu kenyataan kelmarin, Ketua Bersama Penarafan Infrastruk­tur dan Utiliti RAM Chong Van Nee berkata penarafan berkenaan mencermink­an unjuran kukuh ekonomi EESB, yang disokong oleh penjanaan aliran tunai yang kukuh, menyebabka­n nisbah liputan perkhidmat­an kewangan minimum sebanyak 1.5 kali di bawah kes sensitif RAM apabila loji itu siap.

“Memandangk­an teknologi yang digunakan dalam turbin itu belum diuji dan tidak ada loji lain dalam skala tersebut kini dalam operasi komersial di peringkat global, syarikat itu terdedah kepada risiko teknologi.

“Oleh kerana loji itu dalam peringkat pembinaan dan ekuiti akan disuntik secara progresif ke dalam projek sepanjang tempoh pembinaan, ini juga akan memperliha­tkan projek itu kepada risiko berkaitan pembinaan dan ketidakpas­tian dalam pendanaan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia