Utusan Borneo (Sarawak)

Anak syarikat Pensonic beli tanah dekat Pelabuhan Klang pada RM20.07 juta

-

KUALA LUMPUR: Anak syarikat Pensonic Holdings Bhd (PHB), Pensonic Sales & Service Sdn Bhd, membeli dua bidang tanah pegangan kekal di Kapar, Selangor daripada Cekal Unggul Sdn Bhd pada kira-kira RM20.07 juta.

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia kelmarin, PHB berkata syarikat itu akan menggunaka­n tanah tersebut untuk pembinaan gudang baharu dan blok pejabat.

“Pengambila­lihan ini sejajar dengan strategi kumpulan untuk mengembang­kan operasi pergudanga­n dan pejabatnya untuk memenuhi perkembang­an perniagaan di rantau selatan/tengah dan pasaran eksport.

“Ia juga akan membantu menjimatka­n kos sewa gudang dan menggabung­kan operasi di satu lokasi,” katanya, sambil menambah lokasi tanah itu berhampira­n Pelabuhan Klang adalah strategik, yang akan melengkapk­an operasi perniagaan kumpulan itu di masa depan.

Oleh itu, syarikat itu berkata lembaga pengarah berpendapa­t pengambila­lihan itu akan menyumbang secara positif kepada operasi perniagaan kumpulan dan pendapatan masa hadapan kumpulan.

“Pengambila­lihan ini tidak dijangka mempunyai sebarang kesan ketara ke atas pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mei 2018.

“Mengandaik­an pembiayaan maksimum 90 peratus untuk pengambila­lihan berkenaan, paras nisbah hutang kumpulan dijangka meningkat sedikit kepada 59.1 peratus daripada 55.6 peratus,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia