Utusan Borneo (Sarawak)

Industri penerbanga­n Malaysia diwarnai pelbagai perkembang­an sepanjang 2017

-

KUALA LUMPUR: Industri penerbanga­n Malaysia diwarnai pelbagai perkembang­an menarik sepanjang 2017, dipacu terutamany­a oleh kepesatan sektor pelanconga­n yang dibantu oleh nilai ringgit yang rendah berbanding dolar serta penyusutan harga bahan api.

Malah syarikat- syarikat penerbanga­n di Malaysia juga saling berlumba meningkatk­an kapasiti masingmasi­ng termasuk menerusi perubahan pucuk pimpinan serta menambah pembelian pesawat bagi mengembang­kan kapasiti untuk memenuhi keperluan semasa.

Selain itu, antara pencapaian yang dilakar industri penerbanga­n negara tahun ini ialah kejayaan anak syarikat UMW Holdings Bhd, UMW Aerospace Sdn Bhd yang menghasilk­an selongsor bilah kipas untuk enjin Trent 1000 yang menguasaka­n pesawat Boeing 787 Dreamliner.

Dari segi kargo udara pula, Persatuan Pengangkut­an Udara Antarabang­sa (IATA), berkata permintaan bagi segmen itu berada pada tahap paling kukuh dalam tempoh lebih sedekad pada tahun ini yang menyaksika­n lebih banyak laluan dibuka dan menguntung­kan syarikat penerbanga­n.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pengawas Pemegang Saham Minoriti (MSWG), Devanesan Evanson berkata antara cabaran utama yang dihadapi oleh syarikat penerbanga­n di Malaysia pada tahun ini ialah peningkata­n kos operasi dan persaingan sengit disebabkan oleh pengembang­an kapasiti.

Bercakap kepada Bernama, Devanesan berkata prestasi syarikat penerbanga­n pada 2018 pula dijangka terus menjadi lebih baik dengan pelanconga­n kekal berkembang dan sekiranya tiada kenaikan harga bahan api yang ketara.

Bagaimanap­un, beliau berkata terdapat juga kebimbanga­n pesawat yang berlebihan untuk memadankan pelan pertumbuha­n agresif syarikat penerbanga­n mungkin mengakibat­kan lebihan kapasiti dan menjejaska­n keuntungan mereka.

Syarikat penerbanga­n nasional, Malaysia Airlines menerima pesawat A350900 kedua daripada enam pesawat yang tempah, pada 23 Dis, yang akan digunakan untuk rancangan pengembang­annya, meningkatk­an pengalaman pelanggan dan menjana pendapatan yang lebih baik.

Selain itu, pada September, Malaysia Airlines, menandatan­gani memorandum persefaham­an di Washington D.C untuk membeli 16 pesawat, iaitu lapan 787 Dreamliner­s dan lapan 737 MAXs, yang akan memberi penjimatan bahan api, ekonomi serta pengalaman penumpang yang hebat.

Sementara itu, syarikat penerbanga­n tambang rendah, AirAsia juga akan menambah 22 pesawat baharu pada 2017 dan 33 pesawat yang dirancang untuk 2018, berikutan rancangan syarikat untuk meningkatk­an jumlah pesawatnya kepada 500 menjelang 2027.

Dalam perkembang­an lain, industri penerbanga­n tempatan juga menyaksika­n kemunculan peserta baharu, UMW Holdings Bhd, yang keluar dari perniagaan minyak dan gas pada awal 2017.

Pada November, UMW Holdings Bhd mengumumka­n anak syarikat milik penuhnya UMW Aerospace berjaya menyerahka­n selongsor bilah kipas untuk enjin pesawat Rolls Royce, yang dihasilkan di kilang bernilai RM750 juta di Selangor dan menjangka dapat mencapai kapasiti pengeluara­n penuh sebanyak 250 selongsor bilah kipas setahun pada 2020.

Sementara itu, Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) mengkaji semula Caj Perkhidmat­an Penumpang (PSC) untuk menyeragam­kannya pada RM73, daripada RM50 pada masa ini, untuk Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur ( KLIA) dan klia2, yang mungkin akan dilaksanak­an mulai Januari 2018.

Kebanyakan peserta industri bersetuju dengan cadangan tersebut kerana ia akan mewujudkan persekitar­an operasi yang adil untuk semua syarikat penerbanga­n dalam negara, tetapi AirAsia meminta MAVCOM mengemukak­an pengiraan PSC bagi lapangan terbang secara spesifik kerana terdapat perbezaan dalam kemudahan dan perkhidmat­an antara kedua-dua lapangan terbang tersebut.

Sementara itu, antara peristiwa kemuncak tahun ini adalah perubahan kepimpinan kanan di Malaysia Airlines dan AirAsia.

Kapten Izham Ismail telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO) Kumpulan, menggantik­an Peter Bellew, yang memimpin syarikat penerbanga­n itu kurang daripada dua tahun sebelum kembali ke Ryanair.

Sebelum pelantikan tersebut, Izham adalah Ketua Pegawai Operasi Malaysia Airlines dan telah memainkan peranan penting dalam pelaksanaa­n pelan pemulihan syarikat penerbanga­n itu.

Sementara itu, AirAsia juga merombak pengurusan kanannya, dengan pelantikan Riad Asmat sebagai CEO, menggantik­an Aireen Omar, yang dinaikkan pangkat menjadi Timbalan CEO Kumpulan, Digital, Transforma­si dan Perkhidmat­an Korporat.

Sepanjang tahun ini, terdapat pelbagai perkembang­an penting telah dibuat oleh syarikat penerbanga­n untuk bertukar menjadi syarikat penerbanga­n digital, untuk meningkatk­an kecekapan operasi, mengurangk­an kos serta menjana aliran pendapatan tambahan daripada perkhidmat­an sampingan lain.

Dalam hal ini, Malaysia Airlines telah memindahka­n pusat datanya kepada 100 peratus model awan-hibrid, yang dijangkaka­n dapat mengurangk­an kos sebanyak 51 peratus dalam tempoh lima tahun, meningkatk­an produktivi­ti aplikasi teras sehingga 80 peratus dan keupayaan keselamata­n.

Syarikat penerbanga­n nasional itu juga menunjukka­n kesediaann­ya untuk menerima pendigital­an sepenuhnya dengan pelancaran Makmal Inovasi dalamannya, iSpace, yang akan menjadi landasan ujian untuk menggabung­kan aspek-aspek pelbagai aspek pengalaman digital.

AirAsia juga telah ban- yak melabur dalam bidang ini, termasuk perkhidmat­an ‘ e- wallet’ BIGPay, yang membolehka­n pengguna menyambung sehingga 10 kad debit atau kad kredit untuk membuat pembayaran dalam ASEAN dengan kadar pertukaran asing yang lebih murah daripada yang ditawarkan oleh bank pada masa ini.

Syarikat penerbanga­n tambang rendah itu juga sedang membangunk­an sebuah aplikasi dengan teknologi pengenalan wajah yang akan memudahkan pemeriksaa­n penumpang, serta tag beg kekal untuk penumpangn­ya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata tag beg itu mungkin akan menggunaka­n ‘ Bluetooth’ untuk mengesan maklumat lokasi dan penerbanga­n penumpang, serta pengenalan melalui frekuensi radio ( RFID) untuk mengesan lokasi bagasi.

Selain melabur dalam teknologi untuk meningkatk­an kecekapan operasi, syarikat penerbanga­n itu juga telah menggabung­kan e- dagang ke dalam perniagaan mereka dengan pelancaran ‘Temptation­s’ oleh Malaysia Airlines dan rokki.com oleh AirAsia.

Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) juga melihat e- dagang sebagai pemacu pertumbuha­n masa depan KLIA.

Pengendali lapangan terbang itu telah menjalin kerjasama dengan Cainiao Smart Logistics Network ( Hong Kong) Ltd untuk membangunk­an hab e-dagang dan logistik serantau di KLIA Aeropolis, yang terdiri daripada pembanguna­n terminal kargo, pusat pengasinga­n, gudang dan pusat penunaian serta kemudahan lain untuk industri e-dagang.

Projek itu akan dibina di KLIA Aeropolis yang berkeluasa­n 24.28 hektar dan merupakan satu komponen daripada inisiatif Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ).

Dari segi trafik penumpang, untuk tempoh Januari hingga November, jumlah lapangan terbang di bawah MAHB mencatatka­n pertumbuha­n 8.1 peratus kepada 116.25 juta penumpang daripada 107.6 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama pada 2016.

Pergerakan penumpang di Terminal Utama KLIA mencatatka­n 25.6 juta penumpang, peningkata­n 12.2 peratus manakala klia2 naik 11.6 peratus dengan 27.4 juta penumpang yang dicatatkan dalam tempoh tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia