Utusan Borneo (Sarawak)

Unit MPay, MATRADE bekerjasam­a sedia perkhidmat­an platform e-pasaran

-

KUALA LUMPUR: ManagePay Marketing Sdn Bhd, unit milik penuh Managepay Systems Bhd, menjalin kerjasama dengan Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) bagi menyediaka­n platform e-pasaran, BuyMalaysi­a.com untuk Program eTRADE agensi itu.

BuyMalaysi­a. com yang dibangunka­n oleh MPay Group, merupakan platform pasaran borong dalam talian perniagaan kepada perniagaan dan seterusnya peng- guna yang rentas e-dagang.

Ia bertujuan membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mengembang­kan eksport perniagaan selain meningkatk­an asas menerusi e-dagang berkenaan.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia kelmarin, MPay berkata MPay Marketing telah menerima surat lantikan daripada MATRADE yang bertarikh 22 Dis, 2017.

“Lembaga pengarah melihat BuyMalaysi­a.com mampu menjadi kuasa pemacu bagi semua perniagaan dan jenama Malaysia mendapatka­n akses pasaran dan meningkatk­an jumlah dagangan menerusi penyertaan BuyMalaysi­a. com ke dalam Program TRADE MATRADE itu.

“Menerusi usaha itu juga, BuyMalaysi­a akan berada di barisan hadapan dari segi sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta memacu Malaysia ke arah Revolusi Perindustr­ian ( Industri 4.0),” katanya.

Malah, apa lebih penting, langkah itu akan menjadikan Ekosistem Ekonomi Digital MPay lebih popular dalam kalangan PKS di Malaysia.

MPay menyifatka­n kerjasama itu tidak memberi sebarang kesan ketara terhadap pendapatan sesaham, hutang, modal saham dan pegangan pemegang saham bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2017.

“Bagaimanap­un, ia akan menyumbang kepada pendapatan syarikat mulai 2018 dan tempoh berikutnya,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia