Utusan Borneo (Sarawak)

Ar Rahnu TEKUN mencatatka­n pembiayaan berjumlah RM13.8j

Pembiayaan babitkan 6,080 transaksi di 4 cawangan seluruh negara

-

ALOR SETAR: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional mencatatka­n pembiayaan berjumlah RM13.8 juta menerusi produk pembiayaan­nya, gadaian emas, Ar Rahnu, bagi tempoh 2015 hingga Sabtu lepas.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional Datuk Baharom Embi berkata pembiayaan berkenaan membabitka­n 6,080 transaksi di empat cawangan di seluruh negara iaitu di Shah Alam, Wangsa Maju, Semenyih dan Klang.

“Dari segi pembiayaan kita mahu meningkatk­an kepada golongan yang memerlukan tunai dengan segera tanpa perlu menunggu masa yang lama dan mengisi borang yang banyak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan cawangan Ar Rahnu Tekun Nasional kelima di sini semalam.

Ar Rahnu yang mengetenga­hkan elemen mikro pajak gadai Islam patuh Syariah merupakan antara usaha Tekun Nasional menangani kekangan usahawan yang berdepan dengan masalah kekurangan modal.

Menerusi skim itu, mereka yang mahu membuat pinjaman hanya perlu membawa emas yang kemudianny­a akan dinilai oleh mereka yang pakar, dengan pembiayaan sehingga 80 peratus dari nilai emas.

Selain itu, Ar Rahnu Tekun Nasional turut menawarkan perkhidmat­an pembiayaan dengan upah simpan serendah 50 sen bagi setiap RM100 nilai emas dan pembiayaan gadaian maksimum sehinggan RM100,000.

Mengenai cawangan baharu, beliau berkata TEKUN Nasional kini dalam proses menambah tiga lagi cawangan iaitu di Johor Bahru, Kota Bahru, dan Tawau, yang dijangka memulakan operasi pada Januari dan Februari tahun hadapan.

Pembukaan cawangan baharu itu, katanya adalah bagi membuka lebih peluang kepada usahawan dan bakal usahawan di kawasan pedalaman dan bandar meningkatk­an peluang pembiayaan perniagaan bagi keperluan sara hidup yang lebih baik.

Cawangan Ar Rahnu Tekun Nasional di Alor Setar yang terletak di Kompleks Perniagaan Utama, Jalan Sultanah Sambungan yang mula beroperasi semalam, dibuka setiap Isnin hingga Sabtu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia