Utusan Borneo (Sarawak)

Usahawan makanan Selangor disaran pertingkat produk tembusi pasaran global

-

SHAH ALAM: Usahawan makanan unit simpanan stok (SKU) di Selangor disaran meningkatk­an kualiti penghasila­n produk masing-masing bagi membolehka­n mereka dibantu untuk mengembang­kan perniagaan ke pasaran antarabang­sa.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n ( FAMA) Selangor, Datuk Abdul Ghariff Ramin berkata ini berikutan pelbagai produk SKU seperti makanan sejuk beku, biskut dan coklat mendapat permintaan tinggi di luar negara khususnya di Singapura.

Setakat ini, hanya 59 usahawan negeri itu berjaya memasarkan 207 produk SKU dalam sembilan kategori makanan di Singapura.

Sehubungan itu, FAMA Selangor menyasarka­n 10 peratus daripada pengeluara­n sebanyak 691 usahawan makanan yang berdaftar dengannya, akan dieksport ke republik itu pada 2018.

“Ini merupakan peluang yang harus mereka rebut. FAMA sendiri ada banyak wakil pemasaran di pelbagai negara seperti di Emiriah Arab Bersatu, Itali, United Kingdom, Amerika Syarikat.

“Jika usahawan terus berusaha meningkatk­an kualiti produk makanan dan mendapat sijil seperti Sijil Analisis Mudarat dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP), halal dan lain-lain, ini akan memudahkan lagi FAMA mempromosi­kan produk mereka ke luar negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pembanguna­n Industri Asas Tani (IAT) Selangor di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Abdul Ghariff berkata hasil promosi FAMA terhadap produkprod­uk SKU menerusi agro bazar dan Global Halal Hub di Singapura terbukti berjaya meningkatk­an pulangan usahawan terbabit sehingga empat kali ganda.

“Kita pantau hasil pulangan produk melalui tempat penjualan. Ada produk di lokasi itu yang cuma meraih sekitar $3,000 sebelum promosi namun pulanganny­a meningkat sehingga $15,000 seminggu selepas promosi,” katanya.

Pada seminar itu, Abdul Ghariff turut menyampaik­an bantuan ketuhar kepada 24 usahawan wanita muda terpilih bagi mereka mengembang­kan perniagaan.

Malah, produk makanan mereka juga berpeluang untuk mendapat promosi FAMA di luar negara jika terbukti menepati piawaian yang ditetapkan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia