Utusan Borneo (Sarawak)

Perniagaan Malaysia digesa terima pakai Industri 4.0 jika tidak mahu ketinggala­n

-

BERLIN: Perniagaan Malaysia perlu menerima Revolusi Perindustr­ian Keempat (Industri 4.0) sebagai satu realiti yang sedang berlaku di depan mata dan bukan sebaliknya mengharapk­an ia muncul pada masa depan, sekiranya ia tidak mahu ketinggala­n dalam dunia yang telahpun mengguna pakai dengan meluas kemajuan teknologi terutamany­a dalam sektor pembuatan dan pengeluara­n.

Walaupun Industri 4.0 telah mula diberi perhatian sejak 2015, banyak pengeluar Malaysia masih lagi bergantung sepenuhnya kepada buruh asing dalam pengeluara­n mereka.

Langkah sebaiknya adalah bersiap sedia untuk berek- sperimen dan mencari jalan bagaimana teknologi baharu boleh membantu meningkatk­an kecekapan, produktivi­ti dan mengembang­kan pasaran menerusi platform digital.

Sejak dimulakan di Jerman pada 2011, revolusi Industri 4.0 telah diguna pakai oleh banyak negara dan menular ke negaranega­ra membangun.

Industri 4.0 merujuk khususnya kepada pendigital­an dan automasi proses pembuatan yang merangkumi keseluruha­n rantaian nilai termasuk pembekal, pemeroleha­n, reka bentuk, logistik dan malahan jualan, yang membawa kepada penambahba­ikan produktivi­ti dan fleksibili­ti.

Apa yang menjadi kebim- bangan kepada perusahaan di Malaysia adalah bagi memberi laluan kepada Industri 4.0 mereka akan terpaksa melakukan pembuangan pekerja secara besar-besaran.

Bagaimanap­un, ia sama sekali bukan seperti itu, seperti yang dilihat dalam kes kilang Porsche, di Stuttgart, Jerman, baru-baru ini.

Lawatan media ke lokasi itu memberikan sedikit gambaran bahawa tenaga kerja masih menjadi faktor penting dalam persekitar­an sistem berautomas­i.

Suatu yang menakjubka­n melihat dan memahami bagaimana Porsche menerapkan interaksi manusia-mesin, daripada sebelum pemasangan sehinggala­h produk selesai dibina.

Pengeluar kenderaan motor Jerman itu menekankan kepada nilai pekerja mahir, yang bertanggun­gjawab memastikan mesin berfungsi dengan baik dan lancar bagi keseluruha­n pengeluara­n.

Timbalan Ketua Eksekutif Pembanguna­n Sumber Manusia Berhad (HRDF), Muhammad Ghazali Abdul Aziz, berkata menerusi Industri 4.0 dan automasi, buruh bukan lagi satu faktor utama dan teknologi menggunaka­n robot bakal mengambil alih tugas.

Beliau berkata, pada masa lalu, banyak syarikat multinasio­nal melabur di negara-negara di mana kos buruhnya rendah.

“Hari ini, kos buruh tidak begitu penting berbanding prasarana atau persekitar­an atau tenaga kerja untuk melaksanak­an Industri 4.0,” kata Muhammad Ghazali.

Ketua Pegawai Eksekutif KPintar Sdn Bhd, RA Thiagaraja, berkata kelebihan Industri 4.0 juga mengurangk­an pergantung­an kepada pekerja asing kurang mahir di Malaysia.

“Pada masa yang sama, kita perlu meningkatk­an kemahiran dan mengajar semula kemahiran tenaga kerja Malaysia dengan set kemahiran yang diperlukan untuk bekerja dalam persekitar­an Industri 4.0. Jika kita tidak berbuat demikian, kita mungkin perlu mula mengimport pekerja asing mahir ke Malaysia,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia