Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu tunggal sertai kursus kemahiran

-

LABUAN: Jambatan simen bernilai RM2.5 juta dengan panjang keseluruha­n 1.3 kilometer yang melibatkan empat perkampung­an air di Wilayah Persekutua­n Labuan telah siap sepenuhnya sekali gus memberi manfaat kepada penduduk kampung terbabit.

Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Datuk Isli berkata, empat kampung yang menikmati kemudahan itu ialah Kampung Rancha- Rancha Laut, Patau-Patau Satu, Patau-Patau Dua dan Kampung Bebuloh Laut.

Beliau yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan berkata, Kampung Patau-Patau Dua menerima peruntukan paling besar iaitu sebanyak RM1.16 juta dengan pembinaan jambatan sepanjang 548 meter diikuti Kampung Bebuloh Laut RM884,000 (492 meter).

Manakala Kampung Rancha- Rancha Laut menerima peruntukan sebanyak RM300,000 (150 meter) dan Patau-Patau Satu RM175,000 (75 meter) di bawah peruntukan Unit Penyelaras­an dan Pelaksanaa­n (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

“Labuan masih memerlukan peruntukan yang lebih banyak untuk menaik taraf kemudahan yang diperlukan oleh rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Porgram Turun Padang ke Kampung Bebuloh Laut bagi meninjau projek pembinaan Jambatan Simen, baru-baru ini.

Turut mengiringi beliau ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Azhar Ahmad, Timbalan-timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Haji Ismail (Perbandara­n) dan Mohd Zamri Isa (Pembanguna­n), Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Subzon 4 Chemat Mustapha dan Ketua Kampung Bebuloh Khalidin Matali.

Selain meninjau projek jambatan simen, Rozman juga melawat projek pembinaan tujuh buah rumah PPR di Kampung Patau-Patau untuk tujuh buah keluarga mangsa tanah runtuh dua tahun lalu dan kawasan banjir di Kampung Ganggarak.

Pada majlis itu, Rozman mengumumka­n Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau (KeTHa) telah meluluskan peruntukan RM100 juta bagi menaik taraf dan menggantik­an saluran paip air bersih yang usang di seluruh pulau ini.

Beliau yakin dengan peruntukan itu penduduk Labuan yang sering terputus bekalan air disebabkan paip pecah akan dapat diatasi sekali gus menjimatka­n kerajaan kehilangan kadar air tidak berhasil (NRW) akibat kebocoran paip. KOTA KINABALU: Golongan ibu tunggal disarankan supaya mengikuti kursus dan latihan bagi melengkapk­an diri dengan kemahiran dalam bidang perniagaan sebelum menceburka­n diri dalam bidang berkenaan.

Pengerusi Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia (PITKM) cawangan Sabah, Datuk Rosimah Zakaria berkata tidak ada jalan mudah menjadi kaya melalui perniagaan.

Katanya, perniagaan bermakna menambah nilai kepada apa yang ada kepada kita supaya perniagaan boleh diteruskan sebagai satu kerjaya seumur hidup.

Beliau berkata, adalah amat malang sekali jika ibu tunggal terus berasa terhimpit dengan masalah kehidupan sedangkan banyak program dijana untuk memajukan mereka.

“Banyak keistimewa­an dikhaskan kepada golongan ini, dalam usaha membantu mereka meningkatk­an perkembang­an perniagaan dan pendapatan, khususnya meningkatk­an taraf ekonomi Bumiputera.

“Dalam konsep 1Malaysia, kerajaan lebih terbuka dengan memberikan peluang-peluang ekonomi yang ada dan dalam keadaan ini, jika Bumiputera belum sedar, kita akan ketinggala­n lebih jauh ke belakang terutama penyertaan dalam pembanguna­n ekonomi yang semakin mencabar,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa penutupan kursus membuat roti di Dewan Belia dan Sukan Beaufort.

Majlis perasmian dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Kamarlin Ombi yang juga ADUN Lumadan.

Kursus membuat roti dianjur bersama Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah dan Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia (PITKM) cawangan Sabah.

Hadir sama Pengerusi Pertubuhan Ibu Tunggal cawangan Sipitang, Pasang Apsin serta peserta kursus terdiri ibu tunggal.

Rosimah turut menyeru golongan ini menggunaka­n kemudahan dan bantuan yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan yang telah diamanahka­n, untuk membantu membangunk­an usahawan bagi memastikan segala usaha dan titik peluh mereka tidak sia-sia begitu sahaja.

Sementara itu, Kamarlin berkata, golongan ibu tunggal di daerah ini diminta lebih berani merebut peluang termasuk dalam bidang perniagaan bagi meningkatk­an ekonomi ke- luarga.

Jelasnya, golongan ini seharusnya bijak memanfaatk­an segala kemudahan yang disediakan kerajaan bagi menaik taraf kehidupan keluarga.

“Mereka perlu berani untuk keluar daripada kebiasaan dan belajar membangunk­an potensi diri serta lebih berdaya saing dalam mendepani cabaran supaya tidak ketinggala­n.

Pada masa sama, beliau mengingatk­an ibu tunggal supaya tidak terlalu mengharapk­an bantuan kerajaan, sebaliknya harus bergerak untuk menjana ekonomi masing-masing.

“Golongan ibu tunggal yang mempunyai masalah juga perlu tampil mengemukak­an permasalah­an mereka kepada pemimpin setempat bagi memudahkan sebarang bantuan disalurkan.

 ??  ?? KEMUDAHAN: Rozman (tiga kanan) melawat pembinaan jambatan simen di Kampung Bebuloh Laut, baru-baru ini.
KEMUDAHAN: Rozman (tiga kanan) melawat pembinaan jambatan simen di Kampung Bebuloh Laut, baru-baru ini.
 ??  ?? RINGANKAN BEBAN: Rozman (enam kanan), Bashir (lima kanan) dan Omar (enam kiri) bersama murid-murid sekolah yang menerima bantuan persekolah­an TNB.
RINGANKAN BEBAN: Rozman (enam kanan), Bashir (lima kanan) dan Omar (enam kiri) bersama murid-murid sekolah yang menerima bantuan persekolah­an TNB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia