Utusan Borneo (Sarawak)

Jasa, pengorbana­n pesara kerajaan terus dikenang

-

RANAU: Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Sabah Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, jasa dan khidmat bakti serta pengorbana­n para pesara setiap jabatan kerajaan tetap disanjung tinggi, dihargai, dikenang dan tidak dipinggirk­an.

Menurutnya, sama ada para pesara berkhidmat di jabatan kerajaan negeri atau persekutua­n, pengorbana­n mereka wajar disanjung tinggi dan dihargai dengan menyalurka­n pelbagai bantuan serta sumbangan kepada mereka yang kini bergelar ‘warga emas’ kerana menerusi mereka suatu ketika dahulu pengurusan pentadbira­n sesuatu organisasi telah berjalan lancar.

“Justeru semua pihak khususnya generasi muda masa kini, wajar menghormat­i dan jangan mengabaika­n tanggungja­wab terhadap golongan pesara,” tegas Masidi sambil menyaranka­n kepada para pesara agar menjaga kesihatan masing-masing.

Masidi menyatakan demikian ketika berucap pada majlis sambutan Hari Krismas dan Tahun Baru 2018, Persatuan Pesara Kerajaan Sabah (PPKS) kawasan Ranau di Dewan Pejabat Pertanian di sini.

Pada kesempatan itu, Masidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.30 Karanaan, menyaranka­n kepada para pesara agar membuat sesuatu bidang atau aktiviti lebih menjurus kepada merehatkan minda, ketenangan jiwa dan mengamalka­n gaya hidup lebih positif demi kesejahter­aan hidup sihat sepanjang hayat.

Beliau seterusnya meluluskan peruntukan RM20,000 bagi menampung kos membaik-pulih fizikal bangunan sementara Pejabat PPKS kawasan Ranau yang kini semakin usang.

Turut berucap ialah, Pengeru- si PPKS Kawasan Ranau Aloysius Labi mewakili jawatankua­sa penganjur majlis yang julung kali diadakan.

Majlis berakhir dengan acara memotong kek sambutan Hari Krismas dan Tahun Baru 2018 serta mereka yang dilahirkan sepanjang bulan Julai-Disember 2017 sambil diserikan dengan persembaha­n koir Krismas.

Hadir sama ialah Pegawai Pertanian Ranau Abd Hamid Harun, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Jusli Zakaria dan Pengerusi Persatuan Warga Emas Ranau Suhaibul Suriman.

 ??  ?? HARGAI PESARA: Aloysius (dua kiri) menyampaik­an cederahati kepada Masidi, diperhati Abd Hamid (kiri) Jusli (dua kanan) dan Suhaibul (kanan).
HARGAI PESARA: Aloysius (dua kiri) menyampaik­an cederahati kepada Masidi, diperhati Abd Hamid (kiri) Jusli (dua kanan) dan Suhaibul (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia