Utusan Borneo (Sarawak)

200 murid sekolah rendah terima bantuan TNB

-

LABUAN: Seramai 200 murid sekolah rendah di Wilayah Persekutua­n Labuan menerima bantuan persekolah­an bernilai RM200 setiap seorang sumbangan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pengurus Besar (Perhubunga­n Awam dan Dalaman) TNB Datuk Omar Sidek berkata, bantuan itu bukan sahaja sebagai memenuhi tanggungja­wab sosial korporat (CSR) tetapi juga membantu meringanka­n beban kewangan ibu bapa yang kurang berkemampu­an.

“TNB akan terus membantu ibu bapa yang kurang berkemampu­an di seluruh negara menerusi sumbangan peralatan persekolah­an kepada murid sekolah rendah dan menengah,” katanya.

Beliau ditemui selepas majlis penyampaia­n peralatan persekolah­an peringkat Parlimen P166 Labuan di Dewan Foo Chow, Kampung Sungai Keling, Labuan baru-baru ini.

Majlis penyampaia­n sumbangan Kembali Ke Sekolah TNB 2017 itu disempurna­kan oleh Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli.

Turut hadir Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) serta ketua-ketua kampung.

Omar berkata, TNB sentiasa menyahut seruan kerajaan untuk membantu ibu bapa yang kurang bernasib baik dan program Kembali Ke Sekolah itu adalah sebahagian daripada inisiatif TNB dalam memenuhi tanggungja­wab sosial korporat TNB.

Pada majlis itu, setiap murid menerima pakaian seragam, beg sekolah dan alat tulis bernilai RM200.

Sementara itu, Rozman mengucapka­n terima kasih kepada TNB yang berterusan membantu rakyat yang kurang berkemampu­an di Wilayah Persekutua­n Labuan.

Beliau berharap lebih banyak syarikat korporat khususnya GLC membantu mereka yang memerlukan.

“Menerusi bantuan TNB itu, ianya dapat meringanka­n beban kewangan ibu bapa dalam menyediaka­n keperluan sekolah anak pada sesi persekolah­an 2018,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia