Utusan Borneo (Sarawak)

SAPE, DARI LONG LAMA KE LONDON •

-

Oleh Sudan Ajang yang menyertai delegasi Bahagian I

alunan muzik sape pada musim salji di Eropah merupakan pengalaman yang amat bermakna bagi delegasi Baram Sape Master (BSM).

Delegasi terdiri daripada empat pemenang BSM, lapan penari Orang Ulu dikenali sebagai kumpulan Tingang Madang, ketua kaum Orang Ulu dan jawatankua­sa BSM diketuai Ketua Masyarakat Kayan Temenggung Elizabeth Deng berlepas ke London pada 29 Nov lalu.

Showcase Sape itu turut diiringi dengan persembaha­n Hivan Joh (tarian panjang) di setiap destinasi negara yang dilawati antaranya London, Paris dan Amsterdam.

Penulis yang dijemput untuk menyertai delegasi berpeluang menyaksika­n kesungguha­n ahli jawatankua­sa BSM untuk melakukan persediaan memandangk­an ia pengalaman pertama mengadakan persembaha­n di luar negara.

Tambahan pula, bukan senang untuk menggayaka­n pakaian tradisi Orang Ulu dalam suhu sejuk yang kadangkala mencecah 1°C. Namun cuaca yang sejuk selain perlu menyesuaik­an diri dengan persekitar­an baharu tidak menghalang peserta khususnya pemain sape untuk membuat persembaha­n terbaik.

Sepanjang program tersebut, delegasi berpeluang membuat persembaha­n di Tuke Hall, Regent’s University Inner Circle, London bersempena dengan Borneo Hornbill Festival, persembaha­n di hadapan Kedutaan Besar Malaysia ke Belanda di bangunan Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) di Innbruckwe­g, Rotterdam dan Church of Our Saviour, The Hague selain lawatan kebudayaan ke Paris dan Brussel.

MERINTIS MISI ‘ROAD TO LONDON’

BSM ini julung kali diadakan oleh Lembaga Baram Sape Master (LBSM) di pekan kecil Long Lama, Baram pada 11 Nov 2014 melibatkan 24 pemain sape.

Berikutan sambutan yang menggalakk­an, BSM diadakan kali kedua di Permymall Miri pada 15 dan 16 Mei 2015 melibatkan 16 pasukan. Enam kumpulan terbaik dibawa ke Kuala Lumpur untuk Baram Sape Master Kuala Lumpur (BSMKL) pada 4 dan 5 September 2015.

Persembaha­n BSMKL di Kompleks Jabatan kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) yang merupakan persembaha­n julung kali diadakan di luar Sarawak pada tahun itu berjaya menarik lebih 1,000 penonton yang terpegun dengan kelunakan alunan sape.

Kejayaan itu membakar semangat jawatankua­sa LBSM untuk membawa muzik sape ke luar negara dan London menjadi pilihan selain beberapa negara Eropah.

Pada 6 Sept 2016, BSM kali ketiga diadakan di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak Miri melibatkan 25 pemain sape solo. Sepuluh pemain sape di tempat teratas kemudian dibawa ke Kuala Lumpur, daripada jumlah itu lima pemain sape terbaik dipilih mengadakan persembaha­n di London pada 2 Dis 2017.

Mereka dipilih berdasarka­n kebolehan mengetenga­hkan muzik sape yang asli yang menggambar­kan jati diri kaum Orang Ulu.

Empat daripada lima pemain sape tersebut ialah Robin Jalong Lusat dan Matius Erang, keduaduany­a dari Long Mekaba, Emang Ibau dari Long Bemang dan Alex Apoi Long San, Baram.

Pengerusi LBSM dan Penasihat BSM Datuk Lihan Jok berkata, objektif utama penubuhan LSM adalah untuk memelihara dan mempertaha­nkan keaslian muzik tradisiona­l sape agar terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

“Kita mahu menjadikan sape sebagai satu muzik tradisiona­l terbaik di dunia. Justeru showcase di London merupakan langkah seterusnya dalam usaha kita membawa muzik ini di persada dunia,” katanya. Lihan yang juga bekas Senator Dewan Negara menambah, muzik sape sudah menjadi darah daging masyarakat Orang Ulu sejak sekian lama dan kini ia menjadi alat penyatuan masyarakat atau ‘The Community Binder’ kerana berjaya menyatu dan menghiburk­an seluruh komuniti Baram selepas kejayaan penganjura­n tiga sesi BSM.

“Baram Sape Master merupakan satu ‘trademark’ paling berprestij selain sebagai tapak bagi mencari bakat baharu dan mengiktira­f pakar muzik sape menerusi beberapa siri anugerah yang disediakan.

Sementara itu, Elizabeth berkata, objektif utama BSM ini ialah bagi memelihara dan mengetenga­hkan muzik sape asli Orang Ulu agar ia dikenali masyarakat dalam dan luar negara.

“Persembaha­n di London merupakan kemuncak BSM kerana mereka yang dipilih merupakan pemain sape terbaik dalam kalangan Orang Ulu selepas tiga tahun ia diadakan bermula di Long Lama,” katanya ketika dite-mui Utusan Borneo semasa BSM yang diadakan sempena program Borneo Hornbill Festival di Tuke Hall, Regent’s University Inner Circle, London.

Beliau berkata, persembaha­n di London juga merupakan pengiktira­fan kepada empat pemain sape yang bergelar Baram Sape Master.

Ia juga satu usaha untuk membawa nama Sape ke per-sada antarabang­sa sekali gus mengangkat martabat raja muzik Orang Ulu itu di mata dunia.

Elizabeth berkata, per-sembahan di London merupakan langkah permulaan dalam membawa sape ke pentas dunia dan beliau berharap dapat me-mbuat persembaha­n di negara-negara lain seperti Hong Kong dan Australia.

“Ia amat bermakna khususnya dalam kalangan masyarakat Orang Ulu bukan hanya untuk mencungkil bakat malah berperanan menjaga dan mengekalka­n identiti muzik sape agar ia kekal menjadi milik Orang Ulu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? BANGGA: (Duduk dari kiri) Matius, Alex Apoi, Robin Jalong Lusat dan Emang Ibau menunjukka­n Anugerah Baram Sape Master selepas mengadakan persembaha­n sempena Borneo Hornbill Festival di Tuke Hall, Regent’s University Inner Circle, London. Kelihatan sama...
BANGGA: (Duduk dari kiri) Matius, Alex Apoi, Robin Jalong Lusat dan Emang Ibau menunjukka­n Anugerah Baram Sape Master selepas mengadakan persembaha­n sempena Borneo Hornbill Festival di Tuke Hall, Regent’s University Inner Circle, London. Kelihatan sama...
 ??  ??
 ??  ?? PERSADA DUNIA: Sebahagian delegasi yang menyertai program Road to London Baram Master Sape bergambar selepas persembaha­n di luar Hall, Regent’s University Inner Circle, London.
PERSADA DUNIA: Sebahagian delegasi yang menyertai program Road to London Baram Master Sape bergambar selepas persembaha­n di luar Hall, Regent’s University Inner Circle, London.
 ??  ?? PETIKAN SOLO: Persembaha­n sape secara solo oleh salah seorang Baram Sape Master, Matius diiringi tarian Hivan Joh di bangunan MATRADE di Innbruckwe­g, Rotterdam.
PETIKAN SOLO: Persembaha­n sape secara solo oleh salah seorang Baram Sape Master, Matius diiringi tarian Hivan Joh di bangunan MATRADE di Innbruckwe­g, Rotterdam.
 ??  ?? KENANGAN: Delegasi bergambar bersama Duta Besar Malaysia ke Belanda, Datuk Ahmad Nazri Yusof dan isteri Datin Syarizan Adzlinda Mz Zin dan komuniti Malaysia di bangunan MATRADE di Innbruckwe­g, Rotterdam.
KENANGAN: Delegasi bergambar bersama Duta Besar Malaysia ke Belanda, Datuk Ahmad Nazri Yusof dan isteri Datin Syarizan Adzlinda Mz Zin dan komuniti Malaysia di bangunan MATRADE di Innbruckwe­g, Rotterdam.
 ??  ?? BERMAKNA: Delegasi diketuai Elizabeth (barisan belakang, paling kiri), sebahagian penari kumpulan Tingang Madang diketuai Connie Layun (barisan hadapan, paling kanan), pemenang Baram Sape Master Alex Apoi bersama yang lain sebelum persembaha­n di gereja...
BERMAKNA: Delegasi diketuai Elizabeth (barisan belakang, paling kiri), sebahagian penari kumpulan Tingang Madang diketuai Connie Layun (barisan hadapan, paling kanan), pemenang Baram Sape Master Alex Apoi bersama yang lain sebelum persembaha­n di gereja...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia