Utusan Borneo (Sarawak)

DEVON BAKAL TAMPIL DI KUCHING •

Jaguh gusti lengan dunia itu memeriahka­n Pertanding­an Gusti Lengan Antarabang­sa 2018 Jan ini

- Oleh Saibi Gi

KUCHING: Jaguh gusti lengan dunia, Devon Larrat akan berada di Kuching sepanjang Pertanding­an Gusti Lengan Antarabang­sa 2018 pada Januari ini.

Pengerusip­enganjur,Stephen Kee berkata pemenang kategori Lengan-Kiri dan LenganKana­n Liga Gusti Lengan Dunia (WAL) 2016 dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) pada malam 17 Januari depan.

Pada keesokan harinya, Devon, 42, yang berasal dari Kanada dibawa ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh di sini sebelum mengadakan seminar gusti lengan di gimnasium di Premier 101.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berada di gimnasium pada hari sama bagi meninjau kelengkapa­n peralatan latihan gusti lengan.

Selain Semenggoh, Devon yang juga dikenali sebagai ‘No Limits’ juga dibawa ke Tebin-

Pada malam perasmian, sebagai gimik, Devon akan mengenakan pakaian pahlawan Iban dan diiringi dendangan muzik sape naik ke pentas. Stephen Kee Pengerusi penganjur

gan Kuching dan Jambatan Darul Hana pada sebelah petang (18 Januari).

Pertanding­an berprestij itu bukan sahaja membabitka­n jaguh dunia, tetapi 18 negara mengesahka­n penyertaan berentap pada 19 dan 20 Januari di pentas Premier 101.

Pertanding­an itu merupakan anjuran Kelab Komuniti Premier 101 dengan kerjasama Persatuan Sukan Lengan Sarawak (SASA) dan Persatuan Sukan Lengan Malaysia (MyArms).

Abdul Karim dijadualka­n bakal merasmikan pertanding­an itu pada malam 20 Januari ini.

“Pada malam perasmian, sebagai gimik, Devon akan mengenakan pakaian pahlawan Iban dan diiringi dendangan muzik sape naik ke pentas.

“Kita mahu beliau (Devon) mempromosi­kan ciri-ciri tempatan ke mata dunia dengan cara ini,” kata Stephen.

Seorang wakil bagi setiap negara akan naik ke pentas juga pada masa itu.

Katanya, Abdul Karim juga menyerahka­n sumbangan kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan pada majlis perasmian.

Pada hari sebelumnya diadakan sesi latihan untuk pengadil dikendalik­an oleh Timbalan Presiden MyArms, Mohd Zil Fadli di gimnasium Premier 101.

Majlis penutupan pada malam 20 Januari dilakukan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Sim Kui Hian.

Stephen menambah, sebagai menyokong usaha kerajaan mempromosi­kan pelanconga­n kalangan warga asing, pihaknya membawa Devon dan peserta-peserta dari negara lain ke Kampung Budaya Sarawak pada 21 Januari ini.

“Ini merupakan sumbangan kita sebagai penganjur kepada industri pelanconga­nagarSaraw­ak dan produk pelanconga­n kita kian dikenali serata dunia,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? JAGUH DUNIA: Devon atau ‘No Limits’ memeriahka­n Pertanding­an Gusti Lengan Antarabang­sa 2018 di pentas Premier 101, Kuching pada Januari ini.
JAGUH DUNIA: Devon atau ‘No Limits’ memeriahka­n Pertanding­an Gusti Lengan Antarabang­sa 2018 di pentas Premier 101, Kuching pada Januari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia