Utusan Borneo (Sarawak)

RM50 juta naik taraf jalan

Abang Johari umum peruntukan semasa berucap pada Majlis Sambutan Perayaan Krismas di Belaga

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

Mengenai baki RM36 juta anggaran keseluruha­n kos, akan disediakan kemudian dalam jangka panjang dan sistematik untuk meningkatk­an rangkaian perhubunga­n jalan raya di daerah ini. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

BELAGA: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg mengumumka­n kelulusan segera peruntukan berjumlah RM50 juta bagi menaik taraf fasa pertama Jalan Belaga-Menjawah semalam.

Beliau mengumumka­n peruntukan itu semasa berucap di hadapan ribuan penduduk pada Majlis Sambutan Perayaan Krismas di Dewan Masyarakat Belaga.

Jumlah kos dianggarka­n Jabatan Kerja Raya (JKR) ialah RM86 juta bagi jalan sepanjang 38 kilometer yang dibina oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah Projek Jiwa Murni pada 2014 itu.

Begitupun, Ketua Menteri berkata semua jalan Jiwa Murni pada masa depan mesti ditukarkan kepada jalan standard PWD R1 selepas setahun siap dan kerajaan negeri perlu dirujuk dalam projek jalan raya tersebut.

“Mengenai baki RM36 juta anggaran keseluruha­n kos, akan disediakan kemudian dalam jangka panjang dan sistematik untuk meningkatk­an rangkaian perhubunga­n jalan raya di daerah ini,” katanya di sini semalam.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada rakyat di kawasan terbabit atas sambutan luar biasa terhadap lawatan pertama beliau sejak menjadi Ketua Menteri.

Menurutnya, lawatan itu adalah keinginann­ya melihat permasalah­an secara lebih dekat di daerah itu dan cara penyelesai­annya untuk jangka panjang.

“Saya menyedari masalah komunikasi wujud di sini, justeru daerah Belaga memerlukan rancangan pembanguna­n sistematik bagi mengatasi masalah tersebut,” katanya.

Mengenai isu pengurusan tasik buatan manusia di empangan hidro, beliau akan membentang­kan perkara itu di Dewan Undangan Negeri ( DUN) tahun depan untuk membuka jalan bagi pembanguna­n tasiktasik tersebut secara sistematik sebagai aset pelanconga­n.

“Sarawak kini mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas empangan termasuk Empangan Bakun yang diperolehi daripada kerajaan persekutua­n awal tahun ini dan negeri ini dapat mengurus tasik dan beratusrat­us pulau yang mempunyai potensi yang baik sebagai tari- kan pelancong,” katanya.

Pada majlis itu, Abang Johari diberi taklimat mengenai keadaan semasa Jalan Belaga-Menjawah oleh JKR dan keadaan pembaikan beberapa bahagian jalan rosak akibat banjir dan tanah runtuh.

Turut hadir Menteri Muda Bekalan Air merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga Datuk Liwan Lagang, ADUN Murum Kennedy Chukpai Ugon, Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Jaul Samion, Setiausaha Tetap Kementeria­n Infrastruk­tur Datu Safri Zainuddin dan Pengarah Unit Perancang Negeri Datu Abu Bakar Marzuki.

 ??  ??
 ??  ?? TAKLIMAT: Abang Johari dan ahli-ahli rombongan diberi taklimat oleh pegawai JKR mengenai Jalan Belaga-Menjawah semalam.
TAKLIMAT: Abang Johari dan ahli-ahli rombongan diberi taklimat oleh pegawai JKR mengenai Jalan Belaga-Menjawah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia