Utusan Borneo (Sarawak)

KEJAYAAN BESAR KASTAM

Tumpaskan penyeludup­an minuman keras, rokok dan mercun dengan nilai cukai RM27.85 juta.

- Oleh Florence Nervyn

SIBU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak mencatat kejayaan besar selepas menumpaska­n penyeludup­an 12 kontena mengandung­i minuman keras, rokok dan mercun di Sibu dan Sarikei dengan nilai cukai RM27.85 juta.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Subromania­m Tholasy berkata rampasan itu susulan operasi bersepadu sepanjang Oktober hingga awal Disember atas maklumat risikan.

"Dalam operasi di Sibu, nilai dan cukai barangan dirampas dianggarka­n RM21.07 juta manakala nilai serta cukai barangan dirampas di Sarikei dianggarka­n RM6.77 juta," katanya pada sidang media di sini semalam.

Subromania­m berkata, JKDM Sibu berjaya menahan lapan unit kontena di Pelabuhan Rajang sejak Oktober lalu kerana disyaki membawa barang seludup dari luar negara.

"Hasil pemeriksaa­n ke atas kontena terbabit mendapati lima unit kontena mengandung­i minuman keras pelbagai jenama sebanyak 51,192 liter dengan anggaran nilai dan jumlah cukai RM6.52 juta.

"Dua kontena mengandung­i 103,650 karton rokok putih pelbagai jenama dengan anggaran nilai dan cukai RM14.28 juta manakala satu kontena mengandung­i mercun dengan anggaran nilai dan jumlah cukai RM265,000.

"Dagangan diikrar sebagai dagangan lain serta disusun bersama barangan import lain dalam kontena bagi mengaburi mata pihak kastam," ujarnya.

Subromania­m berkata, JKDM Sarikei merampas tiga unit kontena 40 kaki dan seunit kontena 20 kaki disyaki membawa barangan belum lulus kastam di Pelabuhan Tanjung Manis, Sarikei antara Oktober hingga Disember tahun ini.

"Rampasan dilakukan dalam operasi pemeriksaa­n pada 30 Oktober, 23 November, 30 November dan 12 Disember.

"Semua barangan ini disita di bawah peruntukan Seksyen 114, Akta Kastam 1967 kerana disyaki diimport tanpa permit import sah yang merupakan barangan dilarang import di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017," jelasnya.

Subromania­n menambah, kastam menjalanka­n penyiasata­n ke atas ejen perkapalan dan penghantar­an mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 kerana mengimport barang ladang tanpa permit import sah.

"Jika sabit kesalahan, bagi kesalahan pertama didenda tidak kurang daripada 10 kali dan tidak melebihi 20 kali nilai barang atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

"Bagi kesalahan kedua dan seterusnya pesalah didenda tidak kurang daripada 20 kali dan tidak melebihi 40 kali nilai barang atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya," katanya.

Beliau memberi amaran keras kepada ejen penghantar­an dan ejen perkapalan terlibat dengan kesalahan penyeludup­an.

"Sejak April lalu, JKDM melaksanak­an sistem demerit kepada ejen penghantar­an dengan kutipan 40 mata dimerit bakal menyebabka­n lesen perkhidmat­an digantung dan ditarik balik.

"Setiap kesalahan mempunyai mata demerit tersendiri tetapi kesalahan pemalsuan ikrar barangan adalah kesalahan serius dan diletakkan sebagai 40 mata demerit.

"Ini bermakna sekali mereka tertangkap melakukan kesalahan ini lesen mereka digantung dan dibatalkan.

“Dalam kes di Sibu dan Sarikei, sebanyak tiga syarikat bakal digantung lesennya," jelas beliau.

Katanya, hasil siasatan juga mendapati semua barangan itu cuba diseludup masuk dari China.

Berkuat kuasa 1 Januari ini, Subromania­m berkata, JKDM mengumumka­n senarai 20 syarikat ejen penghantar­an di seluruh negara bakal menghadapi hukuman pembatalan lesen berkenaan.

"Mereka berani buat, harus berani tanggung. Sebagai ejen penghantar­an sepatutnya mereka tahu siapa pengimport barangan itu dan tahu barang apa diimport.

"Mereka tidak seharusnya 'cuci tangan' dengan menyatakan mereka tidak tahu kandungan kontena itu dan menyatakan hanya menerima arahan membuat ikrar barangan seperti diarahkan pengimport," jelasnya.

Katanya, Malaysia mempunyai lebih kurang 3,000 syarikat penghantar­an dan lesen baharu menubuhkan syarikat penghantar­an di negara ini sudah dibekukan sejak 2006.

Hadir sama Pengarah Kastam Sarawak Datin Sharifah Halimah Tuanku Taha.

 ??  ?? RAMPASAN: Subromania­m (tengah) menunjukka­n sebahagian daripada minuman keras, rokok dan mercun seludup yang dirampas di Sibu dan Sarikei.
RAMPASAN: Subromania­m (tengah) menunjukka­n sebahagian daripada minuman keras, rokok dan mercun seludup yang dirampas di Sibu dan Sarikei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia