Utusan Borneo (Sarawak)

Anugerah Instafamou­s 2017 pertanding­kan 17 kategori

-

Buat julung kalinya Malaysia mengiktira­f individu yang berpengaru­h di media sosial menerusi Anugerah Instafamou­s 2017 yang berlangsun­g di Menara Suezcap, KL Gateway Mall, baru-baru ini.

Anugerah Instafamou­s 2017 yang dianjurkan hurr.tv dengan kerjasama GetCRAFT bertujuan menghargai individu media sosial yang memberi impak besar kepada industri sekaligus meraikan ulangtahun pertama laman atas talian itu.

Hurr.TV dalam kenyataan berkata, secara keseluruha­nnya, sebanyak 1.5 juta undian secara atas talian berjaya diperoleh bagi 17 anugerah yang dipertandi­ngkan sepanjang 30 hari yang berakhir ia dibuka kepada orang ramai.

Pada majlis yang dihoskan Aidid Marcello, aktres dan pengacara popular tv, Neelofa dinobatkan sebagai Instafamou­s Unggul, pengasas Fashion Valet Vivi Yusof (Anugerah Instafamou­s Inspirasi) dan pelakon dan pelawak Zizan (Instafamou­s Idola #MudahTerhi­bur).

Lain-lain termasuk pelakon Syafiq Kyle (Instafamou­s Adiwira), pelakon Alvin Chong (Instafamou­s Fenomena), pelakon Hannah Delisha (Instafamou­s Pujaan Hati), pelakon Elfira Loy (Anugerah Instafamou­s Versatil) dan penyanyi Ismail Izzani (Instafamou­s Paling Layan).

PERSEMBAHA­N

Acara malam itu juga diserikan dengan persembaha­n daripada peserta Bakat Ohsem Malaysia, dan nyanyian daripada Amira Othman menerusi lagu ‘Hati-Hati’. Hurr.tv di bawah seliaan Pengarah Saluran, Datin Elaine Daly juga sempat meraikan ulang tahun pertama penubuhan TV digital berkenaan.

Program berkenaan juga dilihat sebagai medium bagi mengiktira­f pesonaliti hiburan yang menjadi ikon inspirasi kepada orang ramai menerusi paparan dedikasi dalam bidang yang diceburi mereka di sosial media, katanya.

“Hurr.tv merupakan laman atas talian yang menjadi platform pengguna untuk strim video dan mempunyai pelbagai pengisian program hit termasuk Jejak Terer, Depan Rumah Je, dan Bakat Ohsem Malaysia,” tambahnya. — Bernama

 ??  ??
 ??  ?? INSTAFAMOU­S 2017: (Dari kiri) Neelofa, Ameera Khan, Datin Elaine Daly dan Datuk Hans Isaac di majlis Anugerah Instafamou­s baru-baru ini. AMIRA OTHMAN
INSTAFAMOU­S 2017: (Dari kiri) Neelofa, Ameera Khan, Datin Elaine Daly dan Datuk Hans Isaac di majlis Anugerah Instafamou­s baru-baru ini. AMIRA OTHMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia