Utusan Borneo (Sarawak)

PERSEMBAHA­N YANG MEMBUKA MATA • HORIZON

- Oleh Sudan Ajang yang menyertai delegasi

London, pemain sape yang diiringi kumpulan penari Tingang Madang turut membuat persembaha­n di hadapan Duta Besar Malaysia ke Belanda iaitu Datuk Ahmad Nazri Yusof dan komuniti Malaysia di bangunan Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) di Innbruckwe­g, Rotterdam.

“Bagi saya persembaha­n kebudayaan ini khususnya sape adalah sesuatu yang membuka mata, segar dan unik kerana peluang menyaksika­n persembaha­n seumpama ini bukan sesuatu yang selalu berlaku,” kata Ahmad Nazri semasa taklimat kepada delegasi selepas menyaksika­n persembaha­n tersebut.

Beliau berkata, ramai penduduk Malaysia dan rakyat Belanda di Rotterdam begitu teruja dan seronok menyaksika­n kedua-dua persembaha­n itu.

Ahmad Nazri berharap usaha mempromosi muzik sape yang begitu sinonim dalam kalangan masyarakat Orang Ulu khususnya Kayan Kenyah tidak terhenti di Belanda sahaja sebaliknya diteruskan ke negara-negara lain.

“Usaha ini tidak mudah namun ia tidak mustahil. Kita di kedutaan sedia membantu mereka yang mempromosi­kan kebudayaan di luar negara termasuk bekerjasam­a dengan kedutaan besar Malaysia dari negara lain,” katanya.

Peningkata­n populariti sape dalam dan luar negara kini bukan hanya dalam kalangan generasi muda Orang Ulu, malah ia menarik minat kaum lain untuk mempelajar­i dan mendalami kemahiran memetik sape.

Perkembang­an ini menyebabka­n wujud irama sape seperti kontempora­ri dan moden sebagai tambahan muzik sape yang asli. Justeru, bagi yang tidak pernah didedahkan mengenai peralatan muzik itu, ia boleh menyebabka­n kekeliruan dan pengalaman yang berbeza.

Atas kesedaran itu, pemenang Baram Sape Master, Robin Jalong Lusat, 34, dari Long Mekaba bertekad untuk mengembang­kan muzik sape asli dan tidak mahu terikut-ikut dengan perkembang­an semasa.

“Saya akui ramai yang boleh bermain Sape sekarang, namun saya lebih selesa memainkan petikan muzik sape yang asli, kerana ia melambangk­an jati diri saya sebagai Orang Ulu.

“Tambahan pula, setiap petikan sape yang asli itu mempunyai keunikan tersendiri dan kaitan mendalam dalam kehidupan kami sehari-harian. Sape juga melambangk­an idenditi kami, justeru ia perlu dikekalkan sedemikian,” katanya yang mulai belajar sape sejak sekolah rendah.

Mengenai penganjura­n Baram Sape Master, Robin berkata ia merupakan satu landasan baik dalam mencungkil bakat khususnya dalam kalangan generasi muda.

Beliau berkata, persembaha­n di London merupakan persembaha­n pertama di luar negara. “Sebelum ini saya membuat persembaha­n di Miri dan Kuala Lumpur. Selain solo, saya turut berpasanga­n dengan adik saya iaitu Yosua Lenjau Lusat. “Saya berterima kasih kepada jawatankua­sa Baram Sape Master kerana memberi peluang kepada saya bersama tiga lagi pemain sape untuk membuat persembaha­n di London. Ia satu pengalaman yang amat bermakna,” kata Robin yang menanam impian untuk mengadakan persembaha­n dan mempromosi sape di Korea dan Amerika Syarikat. Ahli Majlis Lembaga BSM merangkap Penyelia BSM London 2017, Jok Eng Jok berkata, Baram Sape Master (BSM) bukan sahaja menjadi badan penganjura­n pertanding­an untuk mencungkil bakat, tetapi juga merupakan badan yang berperanan menjaga atau mengekalka­n identiti muzik sape.

Jok berkata, ini penting agar sape terus kekal menjadi milik eksklusif Orang Ulu dan pada masa yang sama bunyi muzik sape sentiasa asli sehingga 100 tahun akan datang.

“Kami mahu memastikan muzik, reka bentuk sape, fungsi sape dan teknik memetik sape kekal asli sebagaiman­a ia diwarisi daripada nenek moyang kami terdahulu. Justeru, Baram Sape Master ini adalah salah satu platform untuk mencapai misi itu,” Jok.

Katanya, BSM akan terus memainkan peranannya supaya dapat mengumpulk­an ramai pemuzik dan pembuat alat sape sebagai salah satu budaya masyarakat Orang Ulu.

 ??  ??
 ??  ?? KEKAL ASLI: Robin mahu mengekalka­n muzik sape asli. MASA DEPAN SAPE KEPERSADA DUNIA: daripada Robin Persembah diiringi an tarian Orang petikan sape Ulu oleh Matius.
KEKAL ASLI: Robin mahu mengekalka­n muzik sape asli. MASA DEPAN SAPE KEPERSADA DUNIA: daripada Robin Persembah diiringi an tarian Orang petikan sape Ulu oleh Matius.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? DISOKONG: Delegasi bergambar bersama Ahmad Nazri Yusof dan isteri Datin Syarizan Adzlinda Mz Zin serta komuniti Malaysia di bangunan MATRADE di Innbruckwe­g, Rotterdam.
DISOKONG: Delegasi bergambar bersama Ahmad Nazri Yusof dan isteri Datin Syarizan Adzlinda Mz Zin serta komuniti Malaysia di bangunan MATRADE di Innbruckwe­g, Rotterdam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia