Utusan Borneo (Sarawak)

PRESTASI SKUAD WANITA MEMUASKAN

Sarawak raih dua emas Kejohanan Pingpong Malaysia Ke-54 menerusi acara perseorang­an, berpasukan wanita

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Sarawak berjaya mencapai sasaran dua pingat emas pada Kejohanan Pingpong Malaysia Ke-54 diadakan di Dewan Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Kuala Lumpur pada 20-23 Disember lepas.

Bagaimanap­un, emas tersebut hadir menerusi acara perseorang­an dan berpasukan wanita, tersasar daripada sasaran diletakkan dalam acara berpasukan dan beregu wanita.

Sarawak menduduki tempat kedua secara keseluruha­n di belakang Selangor yang meraih empat emas, dua perak.

Tempat ketiga dimenangi Negeri Sembilan (satu emas) diikuti Kuala Lumpur (dua perak, satu gangsa) dan Johor (satu perak, empat gangsa).

Sarawak diwakili pemain kebangsaan, Alice Chang Li Sian, Kueh Wan May dan Sammi Tay Yuen Ning yang menyumbang emas pertama

Secara keseluruha­n, pasukan wanita bermain dengan baik namun pasukan lelaki perlu meningkatk­an permainan untuk menghadapi cabaran tahun depan. Paul Ling Kiing Tasn Pengurus Pasukan

selepas menundukka­n Selangor 3-1 dalam acara berpasukan wanita.

Alice menyingkir­kan Kuan E Xian 3-2 untuk mata pertama namun Wan May tewas 2-3 kepada Amanda Wong Ee Ling.

Pada perlawanan ketiga, Sammi Tay menewaskan Catherine Chan Zhe Yen yang berasal dari Miri dengan 3-1 sebelum Alice mengesahka­n kejuaraan Sarawak dengan menewaskan Amanda Wong 3-1 pada perlawanan keempat.

Alice mengutip emas peribadi keduanya selepas berjaya mengatasi Tee Ai Xin 4-2 dalam aksi perseorang­an wanita.

Selepas mara ke perlawanan akhir menewaskan pemain Johor, Ho Ying 4-0 dalam separuh akhir, pemain tinggi lampai itu memastikan kemenangan dengan 11-5, 11- 6, 13- 15, 12- 14, 11- 8 dan 11-6.

Sammi Tay dan pemain Johor, Ho Ying berkongsi tempat ketiga.

Impian Alice untuk mengutip emas ketiga tidak kesampaian apabila gandingann­ya bersama Kueh Wan May gagal menyerlah, tewas 2-3 pada pusingan kedua di tangan beregu Pulau Pinang, Look Lee Peng-Soo Mi Yi.

Sarawak turut meraih pingat perak selepas beregu Sammi Tay-Tay Lynn Jia tewas 1- 3 kepada Chong Xing Yee-Wan Chiau Yee dari Negeri Sembilan dalam aksi final.

Too Ning Ying-Too Ning Hui dari Johor dan Oh Yong Xin-Angel Ooi Jie Han dari Pulau Pinang berkongsi gangsa.

Tiga pemain dari Sarawak berjaya menduduki ranking 10 pemain terbaik iaitu Alice Chang (Ranking 1), Sammi Tay (4) dan Kueh Wan May (5).

Meskipun gembira kerana berjaya mencapai sasaran dua emas, Pengurus Pasukan Paul Ling Kiing Tasn tetap kecewa kerana kegagalan beregu wanita mengutip emas.

“Secara keseluruha­n, pasukan wanita bermain dengan baik namun pasukan lelaki perlu meningkatk­an permainan untuk menghadapi cabaran tahun depan.

“Banyak yang perlu dibuat oleh pemain lelaki kita yang jelas jauh ketinggala­n berbanding negeri lain. Mereka berdepan pemain kebangsaan yang jauh lebih berpengala­man pada kejohanan ini,” katanya.

Ling turut memuji persembaha­n Sammi yang berjaya mara dalam kelompok empat pemain terbaik meskipun baharu berusia 15 tahun.

Dengan latihan intensif dan pendedahan secara berterusan, Ling percaya pemain muda itu mampu pergi lebih jauh lagi.

 ??  ??
 ??  ?? GEMBIRA: Para pemain FC Enumerator­s meraikan kejayaan bersama. Gambar sisipan Mohd Khairul Haili.
GEMBIRA: Para pemain FC Enumerator­s meraikan kejayaan bersama. Gambar sisipan Mohd Khairul Haili.
 ??  ?? CEMERLANG: Pemain wanita Sarawak bergambar kenangan bersama jurulatih, Chua Yeo Fong (tiga kiri) selepas menerima hadiah.
CEMERLANG: Pemain wanita Sarawak bergambar kenangan bersama jurulatih, Chua Yeo Fong (tiga kiri) selepas menerima hadiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia