Utusan Borneo (Sarawak)

Keretakan, mendapan laluan Bukit Kanada membimbang­kan

Kesan retakan baharu dikhuatiri memburukka­n masalah jika kerja pembaikan tidak dilaksanak­an dengan segera

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Terdapat kesan retakan baharu di laluan tanah runtuh Bukit Kanada yang dikhuatiri memburukka­n masalah sekiranya kerja pembaikan tidak dilaksanak­an segera.

Ketua Biro Aduan Awam P219 Liason Miri Sibuti Erick Chin berkata, kesan retakan jelas kelihatan di jalan, menunjukka­n hakisan tanah masih aktif khasnya di laluan menuju ke Muzium Sains Petroleum di atas bukit.

“Jika dibandingk­an dengan kejadian bulan lepas, kesan tanah runtuh kali ini berkali ganda.

“Pihak berkuasa harus mengambil inisiatif untuk mempercepa­tkan kerja pemulihan bagi mengelak runtuhan lebih serius dan kejadian kemalangan tidak diingini,” jelasnya.

Beliau juga mendapati sebahagian laluan mendap kesan hakisan dan hujan berterusan.

Sekarang kawasan runtuh ditutup dengan kanvas dan disangga dengan tiang sementara untuk mengurangk­an aliran tanah.

Meletak guni-guni batu di sepanjang penghadang juga dianggap tidak sesuai dan tidak selamat, lebih- lebih lagi apabila kerja-kerja menurap semula laluan terjejas sepanjang 60 kaki didapati

Jika dibandingk­an dengan kejadian bulan lepas, kesan tanah runtuh kali ini berkali ganda. Erick Chin Ketua Biro Aduan Awam P219 Liason Miri Sibuti

tidak kuat menahan hakisan tanah di bawah jalan.

Erick yang juga setiausaha publisiti SUPP Senadin berkata, kerja- kerja memperkuku­h struktur tanah di lereng bukit itu harus melihat kepada faktor jangka panjang, sekali gus mengelak kejadian sama berulang setiap kali musim hujan.

“Kerja- kerja pembaikan perlu dilakukan segera, tidak boleh ditangguhk­an dengan pelbagai alasan kerana musim hujan dijangka berterusan sehingga Mac tahun depan,” tegasnya.

Beliau juga akan merujuk masalah itu kepada Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan yang juga ADUN Senadin Datuk Lee Kim Shin sekiranya kerja- kerja pembaikan ditangguhk­an.

Bukit Kanada yang lebih dikenali sebagai Canada Hill antara tumpuan kunjungan pelancong untuk melihat pemandanga­n sekitar bandar raya Miri dari atas bukit.

Selain muzium, bukit yang terkenal sebagai bekas telaga minyak pertama The Grand Oil Lady itu juga destinasi popular pelancong ke Miri.

 ??  ?? TIDAK SESUAI: Erick menunjukka­n guni-guni batu yang disusun bertingkat di sepanjang penghadang jalan di lokasi tanah runtuh Bukit Kanada.
TIDAK SESUAI: Erick menunjukka­n guni-guni batu yang disusun bertingkat di sepanjang penghadang jalan di lokasi tanah runtuh Bukit Kanada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia