Utusan Borneo (Sarawak)

Penjualan daging buaya oleh seorang peniaga di Serian sah

-

KUCHING: Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) telah mengeluark­an kenyataan bahawa aktiviti penjualan daging buaya membabitka­n seorang peniaga di pasar basah Serian di sini, adalah sah.

Kenyataan itu dikeluarka­n semalam, bagi menjawab foto seorang lelaki menjual bahagian buaya yang menjadi tular dalam media sosial.

“Bertindak atas laporan itu, Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT) SFC telah dihantar ke pasar basah Serian di mana penjual daging dilaporkan melakukan aktiviti penjualan daging buaya.

“Hasil daripada pemeriksaa­n itu, kita dapati peniaga tersebut memiliki lesen yang memberi ke- benaran kepadanya untuk menjual daging buaya secara sah mengikut undang-undang,” katanya.

Dengan status buaya muara dalam perdaganga­n Internatio­nal Appendix II CITIES, masyarakat tempatan kini boleh terlibat dalam proses penggunaan mapan spesies ini mengikut undang-undang sama ada melalui penakaian, pengumpula­n telur secara liar, pertanian, peternakan dan perdaganga­n.

Bagaimanap­un, oleh kerana buaya muara masih merupakan spesies yang dilindungi di bawah undang-undang negeri,katanya sebarang aktiviti penakaian buaya secara liar harus memerlukan lesen daripada kontroler hidupan liar.

Sesiapa yang secara haram terlibat dalam aktiviti ini, adalah melakukan suatu kesalahan dengan penalti dipenjarak­an hingga satu tahun dan denda hingga RM10,000.

 ??  ?? PEMERIKSAA­N: Peniaga didapati mempunyai lesen yang membenarka­nnya menjual daging buaya hasil daripada pemeriksaa­n SWAT SFC di Serian.
PEMERIKSAA­N: Peniaga didapati mempunyai lesen yang membenarka­nnya menjual daging buaya hasil daripada pemeriksaa­n SWAT SFC di Serian.
 ??  ?? WAJIB MEMPUNYAI LESEN: Sebarang aktiviti penuaian buaya secara liar wajib mempunyai lesen daripada kontroler hidupan liar.
WAJIB MEMPUNYAI LESEN: Sebarang aktiviti penuaian buaya secara liar wajib mempunyai lesen daripada kontroler hidupan liar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia