Utusan Borneo (Sarawak)

Suspek penyeludup­an senjata api akan diekstradi­si

Lelaki yang ditahan di Pakistan pada 22 Disember lalu akan dibicara mengikut aspek perundanga­n negara, kata Zahid

- Oleh Nick Fletcher

TEBEDU: Malaysia cuba mendapatka­n ekstradisi daripada Pakistan, bagi membawa pulang suspek penyeludup­an senjata api yang ditahan di negara berkenaan pada 22 Disember lalu untuk dibicaraka­n mengikut aspek perundanga­n negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut mendapatka­n kerjasama daripada Polis Antarabang­sa (Interpol) untuk memperoleh­i maklumat terperinci mengenai penahanan suspek yang berasal dari Kuching, Sarawak itu melalui Mutual Legal Assistance (MLA) dengan pihak berkaitan di Pakistan.

“Kita akan memohon supaya Orang Kena Tahan (OKT) berkenaan dapat diekstradi­sikan ke Malaysia supaya siasatan mengikut aspek perundanga­n dan aspek keselamata­n pihak Malaysia dapat dijalankan dan selanjutny­a, pendakwaan serta hukuman dapat dijatuhkan oleh pihak mahkamah di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media semasa mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS) Tebedu di sini, se- malam.

Pada 22 Disember lalu, suspek telah ditahan ketika mendaftar masuk di Lapangan Terbang Antarabang­sa Jinnah, Karachi untuk menaiki penerbanga­n ke Kuala Lumpur melalui Bangkok menggunaka­n penerbanga­n Thai Airways.

Lelaki itu ditemui membawa empat pistol bersama lapan kelopak peluru dan 70 peluru yang disembunyi­kan dalam kotak barangan dibawanya dan tapak kasutnya.

Penahanan suspek kini di bawah Perkhidmat­an Risikan Pakistan (ISI) untuk siasatan lanjut, termasuk kemungkina­n dia mempunyai rangkaian dengan mana-mana kumpulan pengganas seperti Daesh atau IS.

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menambah pihaknya yang dimaklumka­n mengenai penahanan suspek oleh pihak keselamata­n Pakistan, tidak akan berkomprom­i apatah lagi dengan rakyat Malaysia yang terlibat dalam kes seperti itu.

Kita akan memohon supaya Orang Kena Tahan (OKT) berkenaan dapat diekstradi­sikan ke Malaysia supaya siasatan mengikut aspek perundanga­n dan aspek keselamata­n pihak Malaysia dapat dijalankan dan selanjutny­a, pendakwaan serta hukuman dapat dijatuhkan oleh pihak mahkamah di Malaysia. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri

 ??  ?? TINJAU: Zahid semasa mengadakan lawatan kerja di ICQS Tebedu, semalam.
TINJAU: Zahid semasa mengadakan lawatan kerja di ICQS Tebedu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia