Utusan Borneo (Sarawak)

FELCRA, syarikat berkaitan kerajaan diharap bangun sosioekono­mi rakyat

-

KOTA SAMARAHAN: Sudah tiba masanya untuk FELCRA Berhad (FELCRA) termasuk syarikat berkaitan kerajaan di Sarawak bergiat aktif dalam pembanguna­n sosioekono­mi rakyat negeri ini.

Perkara itu disuarakan Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang yang memberitah­u, ia penting untuk memastikan sosioekono­mi rakyat dapat diperhebat­kan sekali gus mewujudkan persekitar­an yang mampan untuk rakyat.

“Seperti FELCRA sendiri yang kita sedia maklum giat menjalanka­n aktiviti membangunk­an tanah para peserta yang terlibat dengan pengusahaa­n kelapa sawit dan kini FELCRA terlibat dalam pembanguna­n sosioekono­mi dan pembanguna­n makanan melalui pelbagai inisiatif yang diperkenal­kan.

“Justeru, saya berharap lebih banyak syarikat berkaitan kerajaan termasuk FELCRA memperheba­tkan usaha membangunk­an sosioekono­mi masyarakat supaya kita dapat mewujudkan persekitar­an ekonomi dan sosioekono­mi yang mampan kepada rakyat secara keseluruha­nnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Ceria Kembali Ke Sekolah FELCRA Berhad di Dewan Suarah Kota Samarahan di sini semalam.

Rubiah berkata usaha itu amat penting bagi memastikan rakyat dapat berhadapan dengan cabaran ekonomi termasuk kos sara hidup yang kian meningkat saban tahun.

Tambahnya, dengan usaha tersebut juga, ia dapat membantu rakyat terutama peserta FELCRA meningkatk­an pendapatan mereka.

“Malah, usaha ini juga dapat membantu kita mengurangk­an kadar kemiskinan terutama dalam kalangan penduduk di luar bandar yang menjadi peserta FELCRA,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau memuji inisiatif FELCRA menganjurk­an prorgram Ceria Kembali Ke Sekolah yang dilihat dapat membantu meringanka­n beban ibu bapa dalam kalangan peserta membuat persiapan persekolah­an anak-anak mereka.

“Oleh itu, saya berharap usaha sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan,” ujarnya.

Terdahulu, Pengurus Pertanian FELCRA Mohd Jamil Muahamad Hanifiah ketika mewakili Pengurus Besar Wilayah Sarawak Saifuddin Omar berkata, seramai 663 pelajar menerima manfaat di bawah program itu di negeri ini.

“Ia melibatkan empat kawasan di negeri ini iaitu Kota Samarahan, Kampung Seduku Melayu di Sri Aman, Kampung Belimbing di Kuching dan Limbang.

“Program ini bertujuan membantu pelajar menyediaka­n kelengkapa­n untuk mereka kembali ke sekolah,” katanya.

Majlis itu semalam turut dihadiri Pegawai Daerah Kota Samarahan Mohd Ainnie Wahab.

 ??  ?? AGIH: Rubiah menyerahka­n beg sekolah kepada pelajar sambil disaksikan Jamil (kiri) dan Ainnie (tiga kiri).
AGIH: Rubiah menyerahka­n beg sekolah kepada pelajar sambil disaksikan Jamil (kiri) dan Ainnie (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia