Utusan Borneo (Sarawak)

Warga emas masih berpeluang menyumbang: Yussibnosh

-

MUKAH: Setiap warga emas boleh memberikan sumbangan kepada masyarakat sekeliling melalui kudrat dan pengalaman yang ada.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Yussibnosh Balo berkata, kehidupan meniti hari tua golongan itu harus diisi dengan banyak perkara berfaedah.

“Orang lama atau veteran ini banyak pengalaman kehidupan, boleh digunakan untuk membantu masyarakat sekeliling dalam pelbagai cara,” katanya pada Majlis Apresiasi Pusat Perkhidmat­an Warga Emas (PPWE) Mukah di Dewan Suarah Mukah semalam.

Warga emas katanya, mempunyai pengalaman dan telah menempuhi pelbagai cabaran dalam usia kini yang boleh membantu khususnya golongan muda.

“Gunakan pengalaman dan nasihati golongan muda dalam pelbagai aspek untuk membantu mereka,” jelasnya.

Ini katanya, sesuatu yang berguna meskipun bentuk sumbangan nampak kecil, namun amat bermakna kepada generasi muda.

“Ketika meniti hari tua, tidak elok untuk berehat sahaja walhal banyak perkara boleh dilakukan dan seterusnya disumbangk­an,” katanya.

Terlalu kerap berehat di rumah dan tidak mengikuti sebarang aktiviti katanya, adalah sesuatu yang tidak sihat dan seseorang warga emas itu mudah didatangi penyakit.

Atas sebab itu, Yussibnosh turut menyatakan rasa bangganya terhadap PPWE Mukah kerana kekal terus aktif walaupun dalam usia sebegitu.

PPWE Mukah wujud sejak 14 tahun lalu iaitu pada 2004 dan sejak itu ahlinya mengikuti pelbagai program sama ada di Mukah atau di seluruh Sarawak.

Turut berucap Pengerusi PPWE Mukah Yahya Mat dan turut hadir Pegawai Daerah Mukah Safri Saili.

Majlis turut menyaksika­n penyerahan sijil penghargaa­n kepada ahli jawatankua­sa lama PPWE Mukah dan penyerahan kad keahlian kepada ahli-ahli baharu PPWE Mukah.

Pada majlis sama, Yussibnosh turut menyerahka­n 100 beg sekolah tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) kepada wakil Pendidikan Daerah Mukah.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Yussibnosh (tiga kanan) menyerahka­n sijil penghargaa­n kepada salah seorang bekas ahli jawatankua­sa PPWE Mukah sambil disaksikan yang lain.
TERIMA KASIH: Yussibnosh (tiga kanan) menyerahka­n sijil penghargaa­n kepada salah seorang bekas ahli jawatankua­sa PPWE Mukah sambil disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia