Utusan Borneo (Sarawak)

Usah persoal kesetiaan warga Belaga kepada kepimpinan BN

-

BINTULU: Kesetiaan penduduk Belaga kepada barisan kepimpinan Barisan Nasional (BN) tidak perlu dipersoal memandangk­an sejak pembentuka­n Malaysia, mereka tetap menyokong BN meskipun berlaku perubahan dalam kepimpinan dan parti komponen di negeri ini, kata Menteri Muda Bekalan Air merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga Datuk Liwan Lagang.

“BN masih di hati kami dan kesetiaan kepada BN adalah kekuatan penduduk di Belaga,” ujarnya sambil menyatakan bahawa kesetiaan yang ditunjukka­n itu harus dihargai.

“Kesabaran kami juga perlu diberi perhatian dan dilindungi, serta kehidupan sejahtera penduduk perlu diberi tanpa diketepika­n,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sambutan Hari Krismas di Dewan Masyarakat Belaga yang turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg kelmarin.

“Kehadiran Ketua Menteri semasa sambutan Hari Krismas ini tanpa undangan rasmi adalah satu keberkatan kepada penduduk Belaga yang mempunyai seribu harapan.

“Kami ingin mendapat hadiah Krismas dan kami mahukan jalan raya,” kata Liwan yang kemudianny­a menyatakan impian itu menjadi realiti apabila Abang Johari mengumumka­n peruntukan segera RM50 juta untuk menaik taraf Jalan Belaga-Menjawah sejauh 38 kilometer mengikut anggaran Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dengan kos keseluruha­n RM86 juta.

Beberapa hari sebelum perayaan Krismas, penduduk di Belaga terpisah dari dunia luar kerana tanah runtuh teruk dan banjir di sepanjang Jalan Belaga-Menjawah.

“Daerah Belaga mengalami banjir dan tanah runtuh di jalan raya.

“Belaga benar-benar terputus, orang dari luar tidak dapat mengunjung­i Belaga dan begitu juga sebaliknya,” kata Liwan.

“Seluruh Belaga menjadi sorotan media, semasa kami merayakan Krismas ramai terkandas di jalan raya, di kem pembalakan serta sekitar 20 orang kelaparan selama sehari.

“Kira-kira 35 kegagalan cerun dikesan, dengan beberapa tanah runtuh dan hak- isan besar, kawasan banjir, harta dan tanaman semuanya rosak,” kata Liwan.

Begitupun katanya, kehadiran Ketua Menteri pada perhimpuna­n Hari Krismas mengubah kesedihan kepada kebahagiaa­n bagi penduduk Belaga.

“Terima kasih Ketua Menteri, anda datang tepat pada waktunya, anda datang ketika kami amat memerlukan, anda datang ketika kami sedang dalam kesulitan, anda memmberi harapan semasa kami merayakan Krismas.

“Tanpa dijemput, anda melihat kesusahan kami dalam media dan anda membuat keputusan untuk datang. Penduduk Belaga sangat berterima kasih dan menghargai keikhlasan dan komitmen anda,” kata Liwan.

Hadir sama pada majlis itu Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Jaul Samion, Setiausaha Tetap Kementeria­n Infrastruk­tur Datu Safri Zainuddin, Pengarah Unit Perancanga­n Negeri Datu Abu Bakar Marzuki, Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong, ADUN Murum Kennedy Chukpai Ugon dan ADUN Pelagus Wilson Nyabong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia