Utusan Borneo (Sarawak)

Bagi tempoh yang sama 2016, jumlah keseluruha­n kompaun dikeluarka­n adalah RM81,500

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Sarawak mengeluark­an sebanyak RM125,950 kompaun atas pelbagai kesalahan sepanjang 2017.

Timbalan Pengarah KPDNKK Sarawak Abdul Hafidz Abdul Rahim berkata, bagi tempoh yang sama tahun lalu ( 2016), jumlah keseluruha­n kompaun yang dikeluarka­n adalah sebanyak RM81,500.

“Statistik ini sekali gus menunjukka­n bahawa nilai kompaun atas pelbagai kesalahan yang direkodkan kita (KPDNKK Sarawak) untuk tahun 2017 adalah meningkat berbanding tahun lalu.

“Kesemua kesalahan adalah di bawah akta- akta yang dikuatkuas­akan oleh KPDNKK,” katanya di sini, semalam.

Hafidz berkata, dari segi nilai rampasan pada tahun ini, KPDNKK Sarawak mencatat sebanyak RM2,132,680.85 berbanding bagi tempoh yang sama tahun lalu iaitu sebanyak RM23,026,006.63.

Katanya jumlah kompaun dan nilai rampasan yang direkodkan itu adalah hasil daripada pemeriksaa­n harian, aduan orang ramai dan operasi yang dijalankan oleh KPDNKK Sarawak.

Beliau berkata, sepanjang 2017, KPDNKK Sarawak telah memeriksa 67,776 premis di seluruh Sarawak.

Manakala katanya, bagi tempoh yang sama 2016, pihaknya berjaya memeriksa 79,360 premis di seluruh negeri ini.

“Justeru, untuk tahun 2018, kita di KPDNKK Sarawak menyasarka­n untuk terus memperting­katkan pemeriksaa­n premis- premis sama ada di bandar mahupun luar bandar,” tegasnya.

Bercakap mengenai usaha KPDNKK untuk memantau peniaga di Sarawak, Hafidz berkata, pihaknya akan memberi pendidikan kepada peniaga sama ada menerusi ceramah atau seminar supaya menjalanka­n perniagaan dengan beretika.

“Kita juga akan melakukan pemeriksaa­n harian di seluruh premis perniagaan, menem- patkan pegawai di kaunterkau­nter khidmat pengguna di pasar-pasar utama, menempatka­n pegawai di pusat perniagaan utama kompleks beli-belah.

“Selain itu, kita akan menggalakk­an orang ramai menyertai Friends of KPDNKK ( FOK) bagi menyalurka­n maklumat berhubung tingkah laku peniaga,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau memberitah­u, berdasarka­n pemantauan daripada Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2017, KPDNKK Sarawak mendapati peniaga mematuhi penetapan harga maksimum bagi barangan harga yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Secara keseluruha­nnya, peniaga memberi kerjasama yang baik terhadap penguatkua­saan skim kawalan harga yang dikuat kuasa pada musim perayaan Krismas ini,” katanya. SIBU: Caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) amat penting bagi Borhaniza Ali Basah, 29, yang telah melangsung­kan perkahwina­n dengan Nurzilla Mohamad, 29, pada 26 November 2016.

Ini bagi memastikan mereka mempunyai tabungan yang cukup bagi menyara masa tua mereka nanti, selain dikeluarka­n bagi pembayaran deposit rumah idaman mereka.

Borhaniza akui manusia hanya mampu merancang dan Tuhan menentukan segalanya. Hidup dan mati adalah di tanganNya.

Oleh yang demikian, beliau perlu membuat penamaan atau pengisytih­aran secara bertulis bagi melantik atau menamakan seseorang atau mana-mana orang sebenar sebagai wasi atau pentadbir (bagi orang yang beragama Islam) yang bertindak untuk mengagihka­n simpananny­a kepada waris yang berhak sekiranya beliau meninggal dunia.

Mengakui beliau belum berkesempa­tan untuk membuat penamaan itu, Borhaniza maklum dan faham dengan prosedur yang telah ditetapkan.

“Penamaan tidaklah susah. Buat masa ini kami belum mempunyai anak untuk dijadikan penama. Mengikut perancanga­n, saya ingin menjadikan waris terdekat saya seperti ayah dan ibu atau adik-adik yang telah berusia lebih 18 tahun sebagai wasi,” katanya kepada Bernama.

Beliau yakin waris-waris terdekatny­a itu akan menjalanka­n amanah yang diberikan sebagaiman­a yang ditekankan dalam Polisi Penamaan Baharu yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2017, yang menyatakan peranan dan tanggungja­wab penama sebagai pentadbir/ wasi kepada simpananny­a dan bukannya sebagai pemilik mutlak simpanan itu.

Katanya, penamaan wasi itu adalah bagi pencarum yang beragama Islam mengikut ketetapan hukum syarak.

“Sekiranya mereka sudah tiada, saya perlu membatalka­n penamaan mereka dengan mengemukak­an Borang Pembatalan Penamaan (KWSP 4A) dan membuat penamaan yang baharu,” katanya.

Florence Genta, 30, yang masih bujang telah menjadikan adiknya sebagai penama simpanan KWSPnya pada tahun lalu.

Beliau berkata adiknya itu akan menjadi pemilik mutlak atau benefisiar­i (untuk pencarum bukan Islam) kepada simpananny­a kerana beliau belum berkahwin dan tidak mempunyai waris yang lain.

“Setelah berkahwin nanti pun adik saya akan saya kekalkan sebagai penama, namun sekiranya saya mempunyai anak, maka saya akan membuat penamaan yang baharu,” katanya yang turut faham prosedur yang perlu dilakukan untuk tujuan itu.

Katanya, membuat penamaan tidaklah susah namun sekiranya terdapat perkara yang tidak difahami, pihak KWSP cawangan Sibu sedia menghulurk­an bantuan. — Bernama

 ??  ?? ABDUL HAFIDZ
ABDUL HAFIDZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia