Utusan Borneo (Sarawak)

Petronas Carigali didenda gagal mengadakan sistem kerja selamat

-

KEMAMAN: Petronas Carigali Sdn Bhd ( Petronas Carigali) didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas didapati bersalah kerana gagal mengadakan sistem kerja selamat.

Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy juga mengarahka­n syarikat berkenaan membayar kos pendakwaan berjumlah RM5,000.

Menurut satu kenyataan media yang dikeluarka­n Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan, dalam pertuduhan tersebut, syarikat berkenaan didapati telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Katanya, pihak pendakwaan berjaya membuktika­n semua elemen-elemen pertuduhan dan dengan yang demikian suatu kes prima facie telah berjaya diwujudkan untuk kes ini.

Ia berdasarka­n satu siasatan yang dijalankan sepasukan pegawai Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Terengganu yang diketuai Pegawai Penyiasat Lim Yee Tat ekoran satu kes kemalangan maut di Petronas Carigali Sdn Bhd Onshore Gas Terminal, Kerteh, Kemaman, Terengganu pada 13 Mac 2014.

Hasil siasatan mendapati syarikat Petronas Carigali Sdn Bhd sebagai pemilik dan penghuni di Onshore Gas Terminal, Kerteh, Kemaman, Terengganu telah gagal memastikan kewajipann­ya, setakat yang praktik, keselamata­n, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja bagi pekerjanya iaitu Md Noor Yusof.

“Syarikat berkenaan juga gagal mengadakan sistem kerja selamat bagi kerjakerja ‘ remove and install grating’ di platform tersebut sehingga menyebabka­n kemalangan ke atas Md Noor,” menurut kenyataan itu.

Pendakwaan dikendalik­an Pengarah Pendakwaan Negeri Terengganu Nik Ahmad Marzuki Nik Mohamad.

Petronas Carigali diwakili K.Ragunath. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia