Utusan Borneo (Sarawak)

CUEPACS Sarawak sokong elaun penjawat awam dikaji semula

-

KUCHING: Kongres Kesatuan Pekerja- Pekerja Di Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) Sarawak menyokong penuh usaha CUEPACS Pusat meminta kerajaan mengkaji semula semula elaun penjawat awam di negeri ini.

Pengerusi CUEPACS Sarawak Ahmad Malie berkata usaha ini telah dibangkitk­an Presiden CUEPACS Pusat Datuk Azih Muda bukan sahaja untuk penjawat awam di negeri ini tetapi juga di Sabah.

Antara elaun-elaun yang wajar dikaji semula adalah melibatkan elaun wilayah, elaun perumahan dan beberapa elaun lain yang sudah lama tidak dikaji oleh kerajaan.

“Sebelum ini, CUEPACS telah membuat kajian dan mencadangk­an kepada kera- jaan supaya perkara ini diambil kira dalam pembentang­an Bajet 2018 baru-baru ini.

“Namun cadangan ini belum dapat dipertimba­ngkan oleh pihak kerajaan namun CUEPACS tidak berputus asa.

“Malah CUEPACS juga akan memantapka­n lagi kertas cadangan berhubung perkara ini dalam satu sesi bengkel yang akan diadakan pada 15 hingga 17 Januari 2018,” katanya.

Bengkel tersebut akan diadakan di Sandakan, Sabah dan setelah kertas cadangan ini siap nanti, CUEPACS akan mengemukak­an semula kepada kerajaan untuk dipertimba­ngkan.

TambahAhma­d,CUEPACS amat komited untuk menjaga kebajikan penjawat awam dan tidak pernah berputus asa untuk memperjuan­gkan kebajikan penjawat awam.

“Selagi belum mendapat insentif yang setimpal seperti yang dituntut, selagi itulah CUEPACS akan berusaha membela kebajikan penjawat awam,” kata Ahmad.

CUEPACS Sarawak katanya, juga akan terus menyokong penuh usaha CUEPACS Pusat membela kebajikan para penjawat awam di negara ini.

Sementara itu, Azih barubaru ini berkata CUEPACS akan mengkaji semula kadar elauan sedia ada bagi penjawat awam termasuk di dua negeri ini bermula Januari depan.

Kajian ini katanya, diharap dapat dipertimba­ngkan kerajaan dan penjawat awam perlu bersedia dengan apa jua keputusan kerajaan selepas kajian itu selesai.

 ??  ?? BANTUAN: Marini (tiga kanan) menyerahka­n sumbangan kepada Mohd Yatullah Qumiini (tiga kiri) di hadapan rumah yang terbakar kelmarin.
BANTUAN: Marini (tiga kanan) menyerahka­n sumbangan kepada Mohd Yatullah Qumiini (tiga kiri) di hadapan rumah yang terbakar kelmarin.
 ??  ?? AHMAD
AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia