Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak model terbaik keharmonia­n pelbagai kaum

Ini berdasarka­n pengiktira­fan pemimpin negara ini terhadap penduduk negeri ini, kata Henry

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Sarawak dianggap sebagai model terbaik bagi penyatuan rakyat meliputi penduduk pelbagai kaum ke arah persekitar­an yang aman dan harmoni.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Henry Sum Agong berkata, ini adalah berdasarka­n pengiktira­fan pemimpin negara ini terhadap penduduk negeri Sarawak.

“Inilah yang dilaungkan pertubuhan seperti Christians for Peace and Harmony in Malaysia ( CPHM) untuk melihat perpaduan yang akan membawa kepada kesatuan yang dipanggil aman dan harmoni dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa, agama dan kepercayaa­n.

“Harapan saya agar apa yang telah diusahakan CPHM dapat diteruskan agar ia menjadi platform untuk kita bergaul dan memahami antara satu dengan yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian

Inilah yang dilaungkan pertubuhan seperti Christians for Peace and Harmony in Malaysia (CPHM) untuk melihat perpaduan yang akan membawa kepada kesatuan yang dipanggil aman dan harmoni dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa, agama dan kepercayaa­n. Datuk Henry Sum Agong Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an

dalam ucapan pada majlis The Great Malaysian Christmas Banquet ( TGMCB) anjuran CPHM di sebuah hotel terkemuka di sini malam kelmarin.

Teks ucapan beliau dibaca wakilnya Setiausaha Akhbar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Edwin Agong.

Sementera itu, pengerusi penganjur TGMCB dan Duta Keamanan bagi Sabah dan Sarawak Pastor Andy Anyi dalam ucapannya berkata, beliau begitu gembira kerana majlis tersebut mendapat maklum balas positif daripada rakan-rakan bukan Kristian.

“Majlis kali kedua dianjurkan di Miri ini menyaksika­n beberapa persatuan turut serta, antaranya Persatuan Melayu Miri, Persatuan Kedayan, Persatuan Agama Buddha, Persatuan Sikh dan Persatuan India.

“Majlis ini selari dengan matlamat CPHM untuk membangunk­an jambatan dan hubungan antara rakyat Malaysia dari pelbagai agama dan bangsa agar dapat menikmati kehidupan dalam suasana aman dan harmoni tanpa rasa ragu-ragu,” katanya.

Pada majlis malam kelmarin, kira-kira 500 tetamu dari segenap latar belakang, agama dan bangsa hadir meraikan sambutan perayaan Krismas.

Turut hadir Penasihat CPHM Miri merangkap Lembaga Pemegang Amanah CPHM Datuk Mutang Tagal, Pengerusi Persatuan GerejaGere­ja Sarawak merangkap Presiden BEM Sarawak Reverend Datuk Dr Justin Wan, Timbalan Datuk Bandar Miri Julaihi Mohamad dan Yang Dipertua PEKIDA Sarawak Drahman Mohamad Amin Hassan.

 ??  ?? PERPADUAN KAUM: Edwin (kiri) duduk semeja bersama para pemimpin daripada pelbagai agama dan kaum pada majlis anjuran CPHM malam kelmarin.
PERPADUAN KAUM: Edwin (kiri) duduk semeja bersama para pemimpin daripada pelbagai agama dan kaum pada majlis anjuran CPHM malam kelmarin.
 ??  ?? RINGANKAN BEBAN: Pauline (enam kiri) menyampaik­an sumbangan kepada seorang penerima sambil diperhatik­an Wong (lima kiri) dan Andrew (tujuh kiri).
RINGANKAN BEBAN: Pauline (enam kiri) menyampaik­an sumbangan kepada seorang penerima sambil diperhatik­an Wong (lima kiri) dan Andrew (tujuh kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia