Utusan Borneo (Sarawak)

Majikan gaji pekerja asing wajib tandatanga­ni Aku Janji Majikan

-

KUCHING: Semua majikan di negara ini yang telah diberi perakuan untuk menggaji pekerja asing diwajibkan menandatan­gani Aku Janji Majikan.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, Aku Janji Majikan dengan jelas menetapkan tanggungja­wab majikan untuk menanggung kos bayaran levi sepenuhnya bagi penggajian setiap pekerja asing mulai 1 Januari 2018.

“Sejak 1 Februari 2017, sebanyak 5,587 majikan daripada pelbagai sektor telah menandatan­gani Aku Janji Majikan yang melibatkan penggajian seramai 160,131 pekerja asing baharu.

“Sehingga 19 Disember 2017 sebanyak 522 majikan yang melibatkan 11,514 pekerja asing baharu telah mendapat perakuan untuk menggaji pekerja asing tetapi masih belum menandatan­gani Aku Janji Majikan, juga dikehendak­i berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Katanya, keputusan kerajaan mewajibkan para majikan menanggung kos bayaran levi yang berkuat kuasa 1 Januari 2018 itu turut terpakai ke atas semua majikan yang menggaji pekerja asing sebelum 1 Februari 2017.

Menurutnya, kerajaan sejak 25 Mac 2016 telah memutuskan bahawa bayaran levi bagi setiap pekerja asing yang digaji di pelbagai sektor ekonomi akan dibiayai oleh majikan sepenuhnya.

“Penetapan ini yang sepatutnya dilaksanak­an mulai 1 Januari 2017 tetapi telah ditangguh kepada 1 Januari 2018 ekoran permohonan rayuan daripada pelbagai kesatuan majikan agar diberi kelonggara­n masa sebelum pelaksanaa­n keputusan berkenaan.

“Keputusan kerajaan menangguhk­an tarikh pelaksanaa­n bayaran levi penggajian pekerja asing kepada 1 Januari 2018 telah menyediaka­n tempoh masa selama satu setengah tahun untuk membuat persediaan sewajarnya dalam memenuhi penetapan baharu ini,” ujarnya.

 ??  ?? RIOT
RIOT
 ??  ?? TURUN PADANG: Tiong mencadangk­an sesuatu kepada pihak kontraktor yang menjalanka­n kerja pengorekan dan pembesaran sistem perparitan di Taman Yong Seng.
TURUN PADANG: Tiong mencadangk­an sesuatu kepada pihak kontraktor yang menjalanka­n kerja pengorekan dan pembesaran sistem perparitan di Taman Yong Seng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia