Utusan Borneo (Sarawak)

PI1M bantu lahir generasi luar bandar celik IT

-

SARIKEI: Kewujudan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) telah banyak membantu masyarakat khususnya dari kawasan luar bandar untuk mendapatka­n maklumat melalui Internet.

Pengerusi PI1M Jakar Tuai Rumah Setia Ungok berkata, melalui kemudahan teknologi maklumat (IT) yang disediakan di pusat tersebut, ia mampu melahirkan generasi luar bandar yang celik IT.

“Kemudahan PI1M menunjukka­n kerajaan sentiasa mengutamak­an pembanguna­n modal insan dalam kalangan penduduk luar bandar, khususnya dari kawasan kampung dan rumah panjang.

“Pada masa yang sama, pelajar sekolah yang paling banyak mendapat manfaat daripada kemudahan ini, kerana dengan kemudahan yang tersedia di setiap PI1M ini, mereka mudah mendapatka­n maklumat untuk menyiapkan kerja sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Mesyuarat Agung Tahun (AGM) PI1M Jakar, baru-baru ini yang turut dihadiri Pengurus PI1M Jakar Shila Usan serta ahli PI1M Jakar yang lain.

Dalam mesyuarat ini, Setia turut mengalu-alukan orang ramai dan penduduk setempat berkunjung ke PI1M bagi memanfaatk­an kemudahan yang telah disediakan.

“Gunakan peluang yang ada ini dengan sebaiknya, terutama dalam meningkatk­an pengetahua­n dan kemahiran dalam bidang berkaitan.

“Kita juga berharap peluang seumapama ini dapat dimanfaatk­an ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat ini bagi mengisi masa terluang dengan aktiviti berfaedah,” tegasnya.

 ??  ?? PENUH KOMITMEN: Sebahagian ahli PI1M Jakar yang hadir pada AGM PI1M Jakar baru-baru ini.
PENUH KOMITMEN: Sebahagian ahli PI1M Jakar yang hadir pada AGM PI1M Jakar baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia