Utusan Borneo (Sarawak)

Khidmat MARA masih lagi relevan bagi warga desa MARA disaran menyumbang kepada perkembang­an ekonomi masyarakat terutama penduduk di kawasan pesisir

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Majlis Amanah Rakyat ( MARA) disaran menyumbang kepada perkembang­an ekonomi masyarakat terutama dalam kalangan penduduk di sepanjang kawasan pesisir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi berkata, agensi itu harus memainkan peranan untuk memperkemb­angkan aktiviti ekonomi penduduk.

“MARA boleh menganjurk­an program seperti motivasi atau kursus kepada penduduk serta belia khususnya di kawasan Balingian,” katanya pada Majlis ‘Back To School’ di Sekolah Kebangsaan (SK) Parish semalam.

Bukan sahaja itu, pihak MARA juga dapat membantu daripada aspek khidmat nasihat berkaitan perniagaan, sewaan lot serta pinjaman.

Perkara itu katanya, sedikit sebanyak bakal membantu memperting­katkan ekonomi penduduk di kawasan itu dan sekitarnya.

Tambahan pula peluang perniagaan kini terbuka luas dengan wujudnya jalan dan jambatan baharu yang menghubung­kan Balingian dan Bintulu, katanya.

Sementara itu, mengenai pendidikan, Abdul Yaakub turut memuji MARA kerana tidak melupakan anakanak sekolah sempena sesi persekolah­an yang akan bermula minggu depan.

Beliau menyeru ibu bapa memberi perhatian sewajarrny­a dan penekanan

MARA boleh menganjurk­an program seperti motivasi atau kursus kepada penduduk serta belia khususnya di kawasan Balingian. Abdul Yakub Arbi ADUN Balingian

ke atas kepentinga­n pelajaran dalam kehidupan anak-anak sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah atau institusi pengajian tinggi.

Seramai 100 pelajar SK Parish, SK Kuala Balingian dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Balingian menerima sumbangan beg sekolah daripada MARA Mukah pada program berkenaan.

P r o g r a m t e r s e b u t merupakan anjuran bersama MARA Mukah, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Balingian, SABERKAS Balingian dan Kelab Sukan dan Rekreasi Balingian.

Turut hadir pada majlis tersebut Pegawai MARA Mukah Awang Mohd Hiezan Awang Hiezan, Guru Besar SK Parish Perti Sechian, Penghulu Shahdan Sahari dan ketua-ketua masyarakat Balingian.

 ??  ?? BANTUAN PERSEKOLAH­AN: Abdul Yakub (dua kiri) menyerahka­n beg sekolah kepada salah seorang penerima sambil disaksikan yang lain.
BANTUAN PERSEKOLAH­AN: Abdul Yakub (dua kiri) menyerahka­n beg sekolah kepada salah seorang penerima sambil disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia