Utusan Borneo (Sarawak)

Pengunjung pelancaran VMY dinasihati bawa payung, baju hujan

-

MIRI: Pengunjung dinasihati membawa payung dan baju hujan sebagai persediaan sekiranya hujan pada malam pelancaran Tahun Melawat Miri (VMY) di Taman Pusat Miri Marina Parkcity pada 31 Disember ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Pelanconga­n Majlis Bandaraya Miri (MBM) Kaunselor Ernest Goh berkata, program pelancaran tetap diteruskan walaupun hujan lebat melanda.

“Oleh kerana musim hujan sekarang, kita menggalak penduduk membawa bersama payung dan baju hujan, namun kita berharap semuanya akan berjalan lancar seperti dirancang,” jelasnya kepada pemberita semalam.

Pada malam itu kelak, penduduk akan dihiburkan dengan persembaha­n nyanyian bakat tempatan.

Pelancong juga berpeluang menyaksika­n persembaha­n kebudayaan daripada persatuan kaum, antaranya Melayu, Orang Ulu, Jatti Meirek dan Melanau.

“Di Miri ada 26 etnik dan semestinya kita menonjolka­n kekayaan budaya yang kita ada kepada pelancong tempatan dan luar, “jelasnya.

Dalam pada itu, pelbagai hadiah menarik menanti penduduk Miri dan pelancong yang mahu menyertai cabutan bertuah.

Ernest memberitah­u, mereka terlebih dahulu perlu memuat turun aplikasi Miri App untuk menjawab soalan mudah.

“Sesudah memuat turun, pengguna perlu klik pada ‘ contest banner’ untuk menjawab soalan mudah.

“Mereka perlu mengisi maklumat peribadi sebelum menghantar penyertaan,” jelasnya.

Setelah itu, pengguna akan diberi nombor bertuah dan mereka perlu datang sendiri ke kaunter cabutan bertuah untuk menebus slip cabutan bertuah bermula hari ini.

Slip perlu diisi dengan nama, nombor kad pengenalan dan nombor cabutan bertuah yang telah diberikan, kemudian masukkan slip ke dalam kotak.

“Seorang hanya layak untuk satu penyertaan dan pemenang harus menunjukka­n bukti permohonan mereka menerusi aplikasi ini daripada notifikasi e-mel.

“Mereka perlu datang sendiri mendapatka­n hadiah dimenangi yang akan disampaika­n pada 31 Disember,” jelasnya.

Ernest berkata, pertanding­an tersebut antara cara untuk menggalakk­an penduduk Miri dan pelancong menggunaka­n aplikasi tersebut.

 ??  ?? BERI KERJASAMA: Ernest (dua kanan) bergambar selepas menerangka­n kepada pemberita tentang program dan diskaun Grab sempena VMY di MBM semalam.
BERI KERJASAMA: Ernest (dua kanan) bergambar selepas menerangka­n kepada pemberita tentang program dan diskaun Grab sempena VMY di MBM semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia