Utusan Borneo (Sarawak)

Chong berkecil hati selepas dikatakan ‘paloi’

-

KUCHING: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen berkecil hati selepas dikatakan ‘ paloi’ oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Chong memberitah­u, Abang Johari tidak sepatutnya mengeluark­an perkataan tersebut kerana beliau seorang pemimpin tertinggi di Sarawak.

“Beliau (Abang Johari) adalah Ketua Menteri dan sepatutnya beliau mengeluark­an kata-kata yang baik sahaja.

“Saya amat kecewa apabila beliau mengatakan ‘ paloi’ iaitu bodoh kepada kami,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP Sarawak di sini semalam.

Abang Johari mengeluark­an perkataan tersebut selepas DAP menentang usaha kerajaan negeri membina sistem Transit Aliran Ringan ( LRT) di negeri ini dalam ucapannya pada Persidanga­n Perwakilan Tritahunan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di sini baru-baru ini.

Abang Johari berkata beliau tidak faham mengapa DAP harus menentang pembinaan LRT itu yang bakal menyelesai­kan masalah pengangkut­an dan kesesakan di bandar raya Kuching dan kawasan di sekitarnya.

“‘Paloi’ untuk DAP menolak LRT. Dia bilang tak payah buat. Tapi kita di Sarawak dari waktu Brooke sudah ada kereta api. Apa mau komplen?” katanya menyindir Chong.

C h o n g m e n a m b a h rancangan Ketua Menteri itu, jika diteruskan berpotensi menghakis rizab Kerajaan Sarawak berjumlah RM28 bilion, hanya dengan satu projek.

“Untuk itu saya bertanya dan rakyat Sarawak juga ingin tahu berapa kos yang dianggarka­n untuk melaksanak­an projek ini.

“Adakah ia akan dibina menggunaka­n dana kerajaan negeri sendiri atau sebaliknya dan perkara ini memerlukan penjelasan bagi mengelak kebimbanga­n orang ramai terhadap usaha i ni,” tegasnya.

Tambahnya, perancanga­n projek itu juga harus memperjela­skan kadar tambang yang akan dikenakan kepada pengguna di negeri ini.

 ??  ?? CHONG
CHONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia