Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Sim digesa pantau aspek keselamata­n projek saliran

-

KUCHING: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian tidak sepatutnya berdiam diri mengenai insiden maut yang berlaku di tapak projek pembinaan saliran di Padang Merdeka Selasa lalu.

Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen berkata, berdiam diri adalah tindakan tidak bertanggun­gjawab kepada orang ramai terutama keadilan keluarga mangsa.

Tegasnya, sebagai menteri yang bertanggun­gjawab menjaga hal ehwal pihak berkuasa tempatan (PBT), Dr Sim seharusnya individu pertama yang tampil ke lapangan memantau projek tersebut.

“Beliau sepatutnya turun padang melihat sama ada kontraktor yang melaksanak­an projek itu mematuhi standard keselamata­n atau tidak.

“Ini penting kerana ia melibatkan nyawa orang ramai yang menggunaka­n laluan tersebut tetapi apa yang beliau lakukan sejak insiden tersebut hingga hari ini? Hanya berdiam diri dan ini satu perbuatan yang tidak bertanggun­gjawab,” katanya.

Chong berkata demikian pada sidang media yang turut dihadiri Pembantu Khasnya Dr Kelvin Yii di Ibu Pejabat DAP Sarawak di sini semalam.

Malah, beliau memberitah­u sudah menjadi tanggungja­wab Dr Sim untuk memantau setiap PBT agar mereka menjalakan tugas sebaikbaik­nya.

“Tugas anda bukan sekadar memotong reben untuk merasmikan projek sahaja tetapi memantau setiap projek terutama yang dilaksanak­an di kawasan awam sepanjang masa melalui PBT ini,” katanya.

Dalam insiden itu, mangsa yang dikenali sebagai Dina Dzulkarnai­n Asan, 28, maut selepas motosikal yang ditunggang­nya melanggar penghadang jalan di tapak projek saliran di Padang Merdeka awal pagi Selasa lalu.

Menyentuh mengenai perkembang­an lain, Chong meminta Dr Sim dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg menyelesai­kan isu pengeluara­n surat hak milik strata melibatkan pembeli rumah Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) di negeri ini.

Beliau mendedahka­n bahawa dari 1997 hingga 2005, Perbadanan Perumahan Sarawak ( HDC) telah menyiapkan 11,236 unit rumah RPR di seluruh negeri.

N a m u n k a t a n y a , kebanyakan pemilik masih gagal mendapatka­n surat hak milik strata mereka atas sebab tidak mematuhi pelan kelulusan kontraktor dan pembesaran rumah secara haram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia