Utusan Borneo (Sarawak)

Guna Grab elak kesesakan di lokasi pelancaran Tahun Melawat Miri, 29-31 Dis

-

MIRI: Penduduk Miri digalak menggunaka­n perkhidmat­an penghantar­an Grab untuk ke Taman Pusat Miri di Marina Parkcity bagi mengelak masalah kesesakan sepanjang tiga hari aktiviti sempena pelancaran Miri Uniquely Borneo Tahun Melawat Miri (VMY) bermula hari ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Pelanconga­n Kaunselor Ernest Goh berkata, zon ‘ drop off’ disediakan untuk pengguna Grab yang turut ditawarkan diskaun RM5 untuk setiap penghantar­an ke lokasi penganjura­n.

“Potongan kadar bayaran ditawarkan sepanjang tiga hari aktiviti dijalankan.

“Mereka akan dihantar ke zon ‘drop off’ tidak jauh dari pusat aktiviti.

“Dengan Grab, mereka tidak perlu bersusah payah mencari parkir dan berdepan kesesakan,” jelas Ernest kepada pemberita di Majlis Bandaraya Miri ( MBM) semalam.

Untuk mendapat diskaun, pengguna boleh menggunaka­n kod promo Grab iaitu VMY2018.

E r n e s t s e k a l i l a g i mengingatk­an bahawa kemuncak aktiviti ialah pada malam 31 Disember yang turut meraikan sambutan Tahun Baharu 2018.

“Hanya pada 31 Disember kita mengadakan pertunjuka­n bunga api, bukan tiga malam berturut-turut.

“Kita tidak mahu orang ramai keliru dan tertanyat anya kenapa t i ada pertunjuka­n bunga api pada hari lain,” jelasnya.

MenteriMud­aPelancong­an, Kebudayaan dan Kesenian Datuk Lee Kim Shin akan mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg merasmikan majlis.

Penduduk Miri dan pelancong akan diperkenal dengan maskot VMY 2018 semasa acara simbolik perasmian menanti detik 12 tengah malam.

Dalam pada itu, bermula hari ini dan esok, hanya simpang keluar masuk menuju Coco Cabana ditutup bermula jam 3 petang hingga 12 tengah malam.

Ernest turut menjangkak­an kehadiran ramai pelancong dari negara jiran Brunei Darussalam ke bazar dan menyaksika­n persembaha­n pentas sepanjang tiga hari itu.

Pada 31 Disember, beberapa laluan di Marina akan ditutup bermula jam 3 petang hingga 1 pagi, antaranya simpang keluar masuk Jalan Marina Utama ke Jalan Brighton dan laluan ke Coco Cabana.

Sementara jalan yang ditutup separuh adalah simpang keluar masuk Jalan Marina 5 menuju Jalan Marina Utama dan simpang keluar masuk Jalan Marina 3.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia