Utusan Borneo (Sarawak)

Emart Matang nafi jual telur tiruan seperti ditularkan Tidak perlu ragu kerana pasar raya ini tidak pernah jual telur tiruan seperti yang ditularkan dalam media sosial: Loh

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Orang ramai terutama pengguna dan pelanggan Emart Matang tidak perlu meragui penjualan telur di pasar raya tersebut.

Eksekutif Kanan Emart Matang Loh Wei Teck berkata pasar raya berkenaan tidak pernah menjual telur tiruan seperti yang ditularkan dalam media sosial.

Malah katanya, pihak Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) telah mengesahka­n bahawa premis berkenaan tidak menjual telur tiruan hasil pemeriksaa­n pada 26 Disember lepas.

“Kami agak terkilan dengan tindakan pemilik akaun Facebook atas nama Somba Mix yang telah menyebarka­n berita palsu mengenai penjualan telur palsu oleh pasar raya ini.

“Perkara i ni telah memburukka­n imej Emart di mata orang ramai terutama pengguna dan pelanggan setia kami dari sekitar bandar raya ini.

“Kami tidak pasti apa motif individu tersebut berbuat demikian, tetapi kami tidak teragak- agak untuk mengambil tindakan undangunda­ng ke atas individu ini,” katanya pada sidang media di Pejabat Pengurusan Emart di Matang semalam.

Tambah Loh, susulan perkara itu satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Batu Kawa pada 26 Disember lepas untuk tindakan sewajarnya ke atas pemilik akaun Facebook tersebut.

Laporan katanya, turut dibuat kepada Suruhanjay­a

Kami agak terkilan dengan tindakan pemilik akaun Facebook atas nama Somba Mix yang telah menyebarka­n berita palsu mengenai penjualan telur palsu oleh pasar raya ini. Loh Wei Teck Eksekutif Kanan Emart Matang

Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( MCMC) pada hari yang sama laporan polis dibuat.

Loh turut menjelaska­n bahawa semua bekalan telur yang dijual di pasar raya itu diperolehi daripada pembekal dengan lesen yang sah.

Sehubungan itu pihak pengurusan menasihati orang ramai terutama pengguna dan pelanggan Emart supaya tidak mempercaya­i berita palsu berkenaan.

Loh juga memberi jaminan bahawa telur yang dijual di Emart adalah telur yang asli yang diperolehi daripada rakan pembekal yang sah.

Dalam pada itu katanya, pasar raya berkenaan akan mengadakan jualan besarbesar akhir tahun pada 31 Disember 2017 dan 1 Januari 2018.

Loh berharap pelanggan akan terus memberi kepercayaa­n kepada Emart dan tidak melepaskan peluang untuk mendapatka­n pelbagai jenis barangan pada harga terendah sempena jualan dua hari itu nanti.

 ??  ?? TELUR TULEN: Loh memecah telur yang dijual di Emart Matang sebagai bukti bahawa telur tersebut bukan tiruan seperti yang ditularkan.
TELUR TULEN: Loh memecah telur yang dijual di Emart Matang sebagai bukti bahawa telur tersebut bukan tiruan seperti yang ditularkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia