Utusan Borneo (Sarawak)

Anak mengaku tidak bersalah mencederak­an ibu kandung

-

BATU GAJAH: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas dua pertuduhan iaitu menakutkan secara jenayah dan menyebabka­n kecederaan ke atas ibu kandungnya, Isnin lepas.

Tertuduh Halim Jeri, 48, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapny­a oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Fitri Sadarudin.

Mengikut kertas pertuduhan, Halim didakwa menakutkan secara jenayah terhadap Kutom Jali, 67, di rumah mangsa di Simpang 3 Ulu Dedap dekat Kampung Gajah antara jam 10.45 pagi hingga 11 pagi.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau keduanya-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, bapa kepada seorang anak itu didakwa dengan sengaja menyebabka­n kecederaan ke atas Kutom pada masa, lokasi dan tarikh sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Farhana Hashim memohon mahkamah tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh kerana mencederak­an ibu kandung dan bimbang akan mengganggu mangsa.

Bagaimanap­un, R. Yuvaraj dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan yang mewakili tertuduh merayu agar mahkamah mengenakan jumlah jaminan yang minimum memandangk­an anak guamnya itu mempunyai penyakit gout dan asma.

Mohd Fitri kemudian memutuskan wang jaminan sebanyak RM4,000 untuk kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan mengarahka­n tertuduh tidak berjumpa dengan mangsa secara sendirian atau melalui ejen.

Mahkamah menetapkan kes itu disebut semula pada 16 Jan depan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia