Utusan Borneo (Sarawak)

Reman lelaki dilanjut untuk bantu siasatan kes bunuh di stesen minyak

-

JOHOR BAHRU: Mahkamah Majistret di sini, semalam membenarka­n permohonan polis untuk melanjutka­n reman seorang lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi di sini, 17 Dis lepas.

Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias membenarka­n tempoh reman lelaki itu dilanjut selama tujuh hari sehingga 4 Jan ini selepas dipohon oleh pegawai penyiasat kes berkenaan.

Lelaki berumur 22 tahun itu adalah antara tujuh individu yang ditahan di Singapura pada 20 Dis lepas sebelum mereka direman seminggu yang berakhir semalam.

Bagaimanap­un, enam yang lain serta seorang lagi suspek yang ditahan di sini pada 21 Dis lepas dan direman bersama-sama, dibebaskan semalam selepas siasatan terhadap mereka selesai.

Difahamkan, lelaki yang disambung reman itu dipercayai individu yang mempunyai maklumat mengenai sus- pek utama kejadian berikutan ada keterangan saksi menunjukka­n dia bertemu dengan suspek utama kes pembunuhan itu sebelum kejadian itu berlaku.

Pada 17 Dis lepas, seorang lelaki diserang sekumpulan empat lelaki yang menaiki sebuah kereta BMW 520D sebelum mati ditikam, dilanggar dan digilis dengan kenderaan itu dalam kejadian jam 7.30 malam itu.

Susulan kejadian itu, polis Johor menahan 15 individu melibatkan 11 lelaki dan empat wanita secara berasingan di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Singapura bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kelmarin, polis mengesahka­n sudah menemukan kereta BMW 520D yang dipercayai terlibat dalam kejadian bunuh itu di sebuah kebun kelapa sawit di Ayer Balai, dekat Pontian dan usaha digiatkan bagi memburu tiga suspek utama yang dipercayai masih berada di negara ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia