Utusan Borneo (Sarawak)

Pengawal keselamata­n didenda miliki pelbagai peralatan berbahaya

-

KUALA LUMPUR: Garagara memiliki pelbagai peralatan berbahaya tanpa alasan munasabah, seorang pengawal keselamata­n didenda RM200 atau 10 hari penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Maizatul Munirah Abd Rahman menjatuhka­n hukuman itu terhadap Mu- hammad Naim Haziq Abdullah, 20, selepas dia mengaku bersalah memiliki barangan termasuk tiga batang L Key yang diubah suai, sebatang spanar saiz 8 dan beberapa peralatan lain dengan tujuan melakukan kesalahan jenayah.

Kesalahan itu dilakukan di Plaza Sungai Mas, Batu 5, Jalan Ipoh, di sini, pada 7 malam, 26 Dis mengikut Seksyen 28 ( i) ( ii) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM500 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang tidakdiwak­ilipeguam, merayu hukuman denda yang rendah dengan alasan dia menyara adik beradiknya yang masih bersekolah namun, Timbalan Pendakwa Raya Norelynna Hanim Abd Halim memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran.

Di mahkamah sama, seorang penulis landskap S. Ganesan, 27, pula men- gaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabka­n kecederaan kepada Ahmad Faisal Shabudin, 27, dengan menetak lelaki itu menggunaka­n sebilah parang panjang berukuran lebih satu kaki sehingga menyebabka­n kecederaan parah pada bahagian bahu kanan mangsa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah unit rumah kedai di Wangsa Maju di sini pada 2.45 pagi, 26 Dis lalu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau manamana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Noorelynna Hanim mena- warkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin tetapi tertuduh, yang tidak diwakili peguam, merayu jaminan yang rendah.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,500 dengan seorang penjamin serta menetapkan 5 Feb depan untuk sebutan semula kes. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia