Utusan Borneo (Sarawak)

Edar dadah: Mekanik OKU dihukum gantung sampai mati

-

GEORGE TOWN: Seorang mekanik yang merupakan orang kurang upaya (OKU) dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah atas pertuduhan mengedar dua kilogram kanabis, tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Lim Chong Fong membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan gagal membuktika­n kes ke atas tertuduh melampaui keraguan munasabah, pada akhir kes pembelaaan.

Dalam keputusann­ya mahkamah mendapati pembelaan yang dibuat oleh tertuduh Mohammed Kanathi Meerah Mydin, 42, adalah tidak boleh dipercayai.

“Mahkamah tidak mempercaya­i keterangan pembelaan yang menyatakan saksi yang dilepaskan itu adalah individu yang membawa dadah tersebut. Selain itu tertuduh turut memaklumka­n bahawa saksi (yang dilepaskan) itu yang merupakan rakannya yang menyuruh dia ( tertuduh ) memecut laju kereta sehingga berlaku kemalangan dan kemudian mereka ditahan polis,” katanya.

Tertuduh yang cacat kaki kanan akibat kemalangan jalan raya itu didakwa mengedar dadah berbahaya jenis kanabis seberat 2,000 gram di dalam sebuah kereta jenis Hyundai Elantra berwana perak di tepi jalan Gudwhara melalui jalan S.P Chelliah di sini pada jam 3.30 pagi,16 April 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Mohd Azrul manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Arif Shaharudin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia