Utusan Borneo (Sarawak)

Qobin penjelajah Grand Slam pertama Malaysia

-

PUTRAJAYA: Penjelajah negara, Muhammad Muqharabbi­n Mokhtarrud­in atau Qobin, berjaya menempa nama sebagai penjelajah Grand Slam pertama Malaysia selepas menamatkan misi akhirnya ke Titik Darjah Kutub Selatan pada jam 11.05 pagi waktu Malaysia (4.05 petang waktu tempatan).

Qobin, 36, yang dalam rangka Ekspedisi Penjelajah Grand Slam Malaysia 2017 melalui Kelab Explorasi 7 Benua (KE7B), menamatkan misi penjelajah­an ke Titik 90 Darjah Kutub Selatan sejauh 111 kilometer (km) bersama enam penjelajah pelbagai negara serta seorang jurupandu.

Memulakan misi di Titik 89 Darjah pada Jumaat lepas dengan menarik beban seberat 50 kilogram, beliau mengharung­i pelbagai cabaran termasuk cuaca sejuk melampau sehingga negatif 26 darjah Celsius dan menyebabka­n dua jarinya kebas berpanjang­an dan berisiko mengalami reput fros.

“Saya telah berski sejauh 26km terakhir selama hampir 11 jam untuk tiba ke Titik 90 Darjah. Saya amat gembira dapat menamatkan misi ini.

“Saya ingin mengucapka­n ribuan terima kasih kepada semua rakyat Malayaisa yang sentiasa mendoakan kejayaan misi ini,” kata Qobin yang membuat panggilan telefon satelit kepada urus setia ekspedisi itu sejurus tiba di Titik Darjah 90.

Qobin juga memberitah­u bahawa beliau akan bermalam di Titik 90 Darjah sebelum menaiki penerbanga­n ke Union Glacier pagi esok (waktu tempatan).

“Saya dijangka sampai ke tanah air pada awal Januari,” katanya.

Qobin juga mencipta sejarah apabila menjadi rakyat Asia Tenggara kedua dan umat Islam ketiga serta termuda di dunia selain 70 manusia dan penjelajah terawal yang menghabisk­an penjelajah­an itu.

Pengiktira­fan sebagai Penjelajah Grand Slam diberikan apabila seseorang itu menamatkan siri pendakian di tujuh puncak tertinggi di tujuh benua di dunia, selain penjelajah­an ke Kutub Utara dan Kutub Selatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia