Utusan Borneo (Sarawak)

Suspek memperdaya­kan ibu mangsa dengan memaklumka­n dia memerlukan pertolonga­n mangsa

-

KUANTAN: Polis giat mengesan seorang lelaki berusia awal 30-an yang disyaki menyamar sebagai anggota polis semasa melarikan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata suspek yang berkulit sawo matang dan bertubuh kurus itu dipercayai memperdaya­kan ibu mangsa dengan memaklumka­n dia memerlukan pertolonga­n daripada mangsa.

Katanya, suspek ke rumah mangsa di Kampung Ulu Gali, Sungai Ruan, Raub sekitar jam11 pagi dan memperkena­lkan dirinya sebagai anggota polis berpangkat sarjan yang baharu bertukar ke Balai Polis Sungai Ruan.

“Suspek kemudianny­a meminta izin mahu membawa mangsa untuk membantu mengambil motosikal yang baharu dibelinya.

“Ibu mangsa membenarka­n dan melihat anaknya menaiki kereta suspek.

“Mangsa juga menghubung­i ibunya pada jam 1 petang memaklumka­n dia berada di sebuah pasar raya di Raub dan akan pulang tidak lama lagi,” katanya semasa dihubungi di sini, semalam.

Wan Mohd Zahari menambah pada jam 3 petang, ibu mangsa sekali lagi menerima panggilan telefon yang mana mangsa memberitah­u dirinya di Gua Musang, Kelantan dan berada dalam keadaan selamat dan akan pulang tidak lama lagi.

“Panggilan itu bagaimanap­un terputus menyebabka­n ibu mangsa cuba menghubung­i anaknya beberapa kali namun gagal sebelum dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) memintanya untuk tidak berasa risau,” katanya.

Sehubungan itu, ibu mangsa membuat laporan polis pada jam 4 petang kelmarin.

Wan Mohd Zahari menam- bah laporan media sosial yang menyatakan suspek berpakaian seragam polis adalah tidak benar kerana suspek hanya memperkena­lkan diri kepada ibu mangsa sebagai anggota polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan individu yang membawa hukuman penjara tujuh tahun dan juga boleh didenda serta Seksyen 170 kanun sama kerana menyamar penjawat awam yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda, jika sabit kesalahan. — Bernama

Panggilan itu bagaimanap­un terputus menyebabka­n ibu mangsa cuba menghubung­i anaknya beberapa kali namun gagal sebelum dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) memintanya untuk tidak berasa risau. Supt Wan Mohd Zahari Wan Busu Ketua Polis Daerah Raub

 ?? — Gambar Bernama ?? BAHAN BUKTI: Noor Azam menunjukka­n wang palsu bernilai RM100 dan AS$100 yang berjaya dirampas dalam ‘Ops Khas’ di kawasan Kampung Jijan Tengah, Nilai.
— Gambar Bernama BAHAN BUKTI: Noor Azam menunjukka­n wang palsu bernilai RM100 dan AS$100 yang berjaya dirampas dalam ‘Ops Khas’ di kawasan Kampung Jijan Tengah, Nilai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia