Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tumpaskan sindiket wang palsu di Nilai, lima ditahan

-

SEREMBAN: Polis menumpaska­n sindiket wang palsu dengan penahanan tiga lelaki dan dua wanita serta merampas 3,464 keping wang kertas palsu Dolar Amerika dan 136 keping wang palsu Ringgit Malaysia, masing-masing setiap keping bernilai AS$100 dan RM100.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, kelima-lima mereka ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Jijan Tengah, Nilai, pagi kelmarin.

Beliau berkata, selain wang palsu Dolar Amerika bernilai AS$346,400 (kira-kira RM1.3 juta) dan wang palsu Ringgit Malaysia bernilai RM13,600 itu, polis turut merampas satu plastik mengandung­i potongan kertas berwarna hijau dan hitam yang ditemukan di dalam sebuah beg pakaian.

“Dalam Ops Khas pada jam 11 pagi itu, pasukan polis turut merampas dadah syabu seberat 10.91 gram bernilai RM1,300 daripada mereka,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Katanya ujian air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis Methamphet­amine dan mereka juga mempunyai banyak rekod jenayah lampau.

Katanya, siasatan awal mendapati mereka aktif mengedar dadah sejak tiga empat tahun lepas dan dadah tersebut adalah untuk pasaran di Nilai.

“Kita percaya seorang daripada suspek mendapatka­n dadah tersebut dan dibawa ke rumah tersebut dan di sanalah mereka membuat pengedaran. Dua daripada suspek adalah mekanik, manakala yang lain tiada pekerjaan,” katanya.

Ditanya kaitan dadah dan wang palsu tersebut, Noor Azam berkata ia masih lagi dalam siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CUBAAN SELUDUP: Abdul Ghani (dua kanan) bersama Mohamad Pajeri (kiri) menunjukka­n antara minyak masak bersubsidi yang dirampas pada sidang media rampasan Ops NBOS Pasukan Polis Marin dan KPDNKK Kelantan di Markas Operasi PPM Pengkalan Kubur semalam.
— Gambar Bernama CUBAAN SELUDUP: Abdul Ghani (dua kanan) bersama Mohamad Pajeri (kiri) menunjukka­n antara minyak masak bersubsidi yang dirampas pada sidang media rampasan Ops NBOS Pasukan Polis Marin dan KPDNKK Kelantan di Markas Operasi PPM Pengkalan Kubur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia