Utusan Borneo (Sarawak)

Guna penyelesai­an keselamata­n pintar tingkat keselamata­n awam

-

SHENZHEN: Analisis masa nyata video dan gambar yang dirakam menggunaka­n kamera di kawasan-kawasan awam akan meningkatk­an keselamata­n awam dan membendung jenayah, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata ini terbukti berjaya di kebanyakan bandar di seluruh dunia termasuk di Longgang, China. Polis Longgang mengguna pakai Sistem Pemantauan Pintar pada 2016 untuk membantu meningkatk­an keselamata­n awam bagi empat juta penduduk bandar tersebut.

“Sejak mengguna pakai Sistem Pemantauan Pintar, kes kecurian dan rompakan di Longgang mencatatka­n penurunan 53.2 peratus dan peningkata­n 45.1 peratus dalam penyelesai­an kes,” kata Salleh yang kini dalam lawatan kerja dua hari ke Shenzhen, China.

Salleh berkata beliau percaya bahawa penyelesai­an keselamata­n pintar akan membantu mengurangk­an kadar kejadian jenayah di Malaysia.

“Penggunaan penyelesai­an keselamata­n pintar di Malaysia untuk membantera­s jenayah berkemungk­inan dapat meningkatk­an pelanconga­n dan mencatatka­n perbelanja­an runcit yang lebih tinggi,” kata beliau.

Ini telah terbukti berjaya di beberapa bandar besar di seluruh dunia termasuk London dan Singapura, menurut Huawei Technologi­es.

“Memandangk­an transforma­si digital bandar kepada bandar pintar, cara paling baik untuk mula menjadi pintar ialah dengan mengguna pakai penyelesai­an keselamata­n pintar bagi keselamata­n awam sebagai permulaan. Ini akan memberi manfaat kepada semua termasuk pelancong,” kata Salleh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia