Utusan Borneo (Sarawak)

Inginkan pulangan segera antara punca pencarum KWSP tertipu

-

SEREMBAN: Janji diberi pulangan jangka pendek dan tekanan kos sara hidup tinggi adalah antara faktor yang mudah mempengaru­hi seseorang individu untuk menyertai pelbagai skim pelaburan termasuk yang semata- mata hendak menipu.

Presiden Kongres Persatuan Akademik Malaysia ( MAAC) Prof Datuk Dr Mohd Idrus Mohd Masirin berkata selain itu, mangsa pula biasanya terdiri daripada mereka yang mempunyai impian untuk hidup selesa dalam masa singkat.

Untuk itu mereka sering cuba mengeluark­an wang simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka.

“Mereka ini kebanyakan­nya diyakinkan dengan jaminan verbal (lisan) oleh orang yang dikenali, kononnya pelaburan akan berjaya dan sekiranya berlaku sebaliknya, modal akan dikembalik­an.

“Malah kekurangan pengetahua­n tentang sumber, pun- ca dan risiko pelaburan yang disertai juga menyumbang kepada leburnya pelaburan yang dibuat,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata pelaburan yang dibuat tanpa usul periksa sumbernya akan menyebabka­n pencarum cuba mengeluark­an wang simpanan KWSP semata- mata untuk mendapatka­n pendapatan dan simpanan yang lebih, akan berputih mata.

Mohd Idrus dalam pada itu mencadangk­an KWSP untuk mewujudkan garis panduan buat pencarum mengenal pasti kaedah menyemak jenisjenis pelaburan yang sah, sekali gus dapat membantu mengelakka­n pencarum daripada menjadi mangsa sindiket penipuan.

“Sebagai contoh, jumlah pelaburan boleh dikawal oleh KWSP berdasarka­n jenis pelaburan yang bakal dilakukan oleh pencarum bagi memastikan kebajikan simpanan kewangan pencarum akan terjamin.

“Contohnya katakan dia mahu melabur dalam ASB (Amanah Saham Bumiputera), boleh keluarkan banyak tapi kalau nak beli saham, KWSP perlu kawal jumlahnya untuk elakkan pencarum kerugian besar, manakala bagi pelaburan lain yang agak diragui, KWSP mungkin boleh meminta pengesahan daripada pihak berkenaan sebelum dibenarkan pengeluara­n dibuat,” katanya.

Beliau berkata secara amnya, masyarakat di negara ini semakin bijak untuk terlibat dalam pelaburan, cuma mereka kadangkala tidak dapat mengawal keterujaan apabila mendengar atau menyertai sesuatu pelaburan, khususnya yang menjanjika­n pulangan berganda dan lumayan dalam tempoh masa pendek.

Selain itu katanya, kekurangan pendedahan oleh pengamal media di negara ini tentang kegiatan pelaburan ‘scam’ dan sogokan maklumat tidak sahih dalam internet oleh pihak tertentu juga men- dorong kepada keputusan salah yang diambil seseorang pencarum.

“Oleh itu, masyarakat perlu selalu diingatkan tentang gejala penipuan dalam pelaburan khususnya yang berteraska­n internet. Masyarakat juga perlu lebih berhati-hati dalam menguruska­n simpanan kewangan mereka termasuk bagi tujuan pelaburan yang dikhuariti akhirnya akan meranapkan impian besar mereka.

“Saya berpandang­an bahawa inisiatif meningkatk­an kesedaran terhadap memilih jenis pelaburan di kalangan masyarakat Malaysia perlu disekalika­n dalam manamana program menggalaka­n pelaburan dan inisiatif menggalakk­an menabung demi masa depan keluarga,” katanya.

Beliau berkata wang yang hilang sukar dikembalik­an tetapi wang yang ada mampu memberikan kelegaan kepada sara hidup dan keharmonia­n keluarga. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia