Utusan Borneo (Sarawak)

CUEPACS: Tarik balik penalti, notis pengosonga­n kuarters kerajaan

-

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menarik balik penalti dan notis pengosonga­n kuarters kepada kira-kira 500 penjawat awam di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Presidenny­a Datuk Azih Muda berkata tindakan yang diambil Bahagian Pengurusan Hartanah ( BPH), Jabatan Perdana Menteri itu susulan arahan pertukaran tempat kerja dari Putrajaya ke Kuala Lumpur atau sebaliknya, selain persaraan.

Beliau berkata lebih mendukacit­akan perkara itu tidak dimaklum lebih awal sehingga ada yang menanggung penalti mencecah ratusan ribu ringgit.

Bercakap pada sidang media di sini semalam, Azih berkata: “Mereka (penjawat awam) ini tidak pernah melakukan apaapa kesalahan dan notis ini cukup membuatkan mereka dalam keadaan sukar, kemurungan, stres dan pelbagai lagi masalah.”

CUEPACS, katanya, mahu tindakan diambil supaya penarikan balik Itu dilakukan sebelum 1 Jan 2018.

Penjawat awam Mohd Fadhlin Arshad, 38, berkata beliau menerima arahan pertukaran tempat kerja di Kuala Lumpur dari Putrajaya pada Januari 2016 namun pada Ogos lalu dimaklumka­n tentang penalti berjumlah RM58,000 serta diminta mengosongk­an kuarters kerajaan yang diduduki di Putrajaya.

“Notis yang dikeluarka­n ini atas alasan pejabat kerja di luar stesen sedangkan saya bekerja dalam wilayah sama (Wilayah Persekutua­n).

“Buat sementara waktu, saya telah memohon dilanjutka­n tempoh mendiami kuarters kerajaan kerana isteri baharu bersalin dan kami masih menunggu Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia ( PPA1M) yang dibina di Putrajaya, siap,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia