Utusan Borneo (Sarawak)

12Rnow aplikasi pertama himpun acara di seluruh negara

-

IPOH: 12Rnow (I Want to Register Now) merupakan aplikasi pertama di Malaysia yang menghimpun­kan program dan acara di seluruh negara bagi memudahkan orang ramai.

Aplikasi yang berfungsi secara dua hala itu bukan sahaja memudahkan orang ramai menyemak senarai program dan acara yang akan berlangsun­g, malah memudahkan penganjur mendapat data mengenai pelanggan termasuk umur serta tempat tinggal.

Exco Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata 12Rnow mempunyai beberapa kelebihan antaranya pengguna boleh membeli tiket untuk sebarang majlis menerusi aplikasi itu yang perlu dimuat turun terlebih dahulu.

“Selain itu, terdapat ciri penebusan mata ganjaran yang mana pengguna dapat menebus nilai ganjaran daripada apa yang mereka belanja termasuk tiket percuma.

“Berbeza jika diiklankan di laman sosial seperti Facebook. Ini bagi saya amat penting kerana kebiasaann­ya kita perlu melihat satu laman ke satu laman tetapi dengan satu aplikasi ini kita dapat tahu apakah acara yang akan berlaku dalam masa terdekat atau bila-bila,” katanya.

Nolee Ashilin berkata demikian kepada pemberita selepas melancarka­n aplikasi 12Rnow di sini hari ini yang dibangunka­n oleh 81 Group dan Link World Solution.

Sementara itu, Pengasas dan Pengerusi 81 Group Datuk Jason Foo Khee Long berkata orang ramai boleh memuat turun aplikasi tersebut secara percuma, manakala penganjur dikenakan bayaran sebanyak AS$10 bagi setiap acara.

“Dalam tempoh dua tahun kami menyasarka­n seramai 300,000 orang akan memuat turun aplikasi ini manakala 500 pengajur akan mendaftar dengannya,” katanya.

Tambah Foo, orang ramai yang menggunaka­n sistem operasi Android boleh memuat turun aplikasi ini di Google Play dan App Store mulai 7 Jan depan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia